Tak Sangka Mira Filzah Cakap Macam Tu,Bila Di Tegur Video Dia

Video terlebih mesra Mira dan Emir buat netizen naik mel u4t

Kisah cinta Mira Filzah dan Wan Emir begitu tular setelah beliau mengakhiri zaman bujang dengan lelaki pilihan hati sekitar bulan September yang lalu. Tidak kurang ramai juga yang kecewa dan paatah hati apabila gadis pujaan ramai ini telah bernikah. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini telah selamat diijab Kabul dengan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar.

Majlis pasngan ini juga telah mendapat liputan begitu meluas dan acara akad nikah dipancar secara langsung di TV3. Majlis resepsi mereka juga disiarkan secara langsung menerusi program Melodi. Ramai yang menggelarkan mereka sebagai Wedding Of The Year.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LUNA GROUP | MIRA FILZAH (@luna.penangstokis)

Sikap Emir yang tidak berputus asa juga membuatkan Mira terpikat dengan keperibadian lelaki itu. Meskipun langkah pertama beliau untuk mendekati Mira di media sosial tidak mendapat respon namun Emir bijak mencari peluang dengan mendekati ibu Mira.

Kata pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini, beliau akan meneruskan kerjaya lakonan beliau seperti biasa setelah berkahwin.

Beberapa hari lepas Mira berkongsi video beliau bercuti ke One and Only Desaru Coast bersama suami. Tidak lupa memuatnaik video percutian tersebut di youtube, beliau dan suaminya kelihatan sangat mesra ketika menunjukkan suasana di sekitar kawasan hotel itu.

Jika sebelum ini Mira tidak begitu terbuka untuk berkongsi hubungan peribadi beliau bersama para peminat, kini setelah beliau berkahwin Mira kerap berkongsi aktiviti beliau bersama suami kesayangan melalui saluran youtube mereka berdua iaitu EmirAmirah.

Saluran youtube Mira mendapat sambutan daripada para peminat beliau dan telah menerima Youtube Silver Award. Sedutan video youtube beliau itu telah dikongsikan semula di sebuah laman Instagram peminat Mira.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen telah mngalkan komen menegur sikap Mira yg terlebih mesra bersama suaminya dan memperlihatkan kemesraan mereka berdua kepada umum.

Gara-gara video terlebih mesra itu telah membuatkan beberapa netizen berkata mereka merasa meny4mpah.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 103402 tontonan dan 2251 tanda suka. Ada netizen berkata jika mereka ditempat Mira, mereka akan merasa segan silu untuk memaparkan kemesraan di khalayak apaatah lagi di hadapan ibu bapa dan saudara mara.

Anggaplah komen-komen netizen ini supaya Mira boleh perbaiki diri pada masa akan datang. Agak kurang manis jika menunjukkan aksi berpeluukan kepada umum walaupun sudah bergelar suami isteri.

KALAU TAK SUKA, TAK PAYAH TENGOKLAH” – MIRA FILZAH KOMEN ISU NETIZEN MELUAT

Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30.

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Mira Filzah, 27, dilihat kembali rajin mencipta kandungan di YouTube sebulan yang lalu disebabkan ingin berkongsi aktiviti bersama suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia lebih bersemangat untuk memuat naik video di platform itu berbanding sewaktu masih bujang dulu.

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat. Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas. Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Menggunakan nama akaun #EmirAmirah, bagaimanapun pasangan itu tidak terlepas daripada komen sinis warganet termasuk ada yang meluat.

Apapun, pelakon ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu menganggap hal itu normal dan menyarankan warganet untuk abaikan video mereka jika tidak berkenan.

“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah. Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik,” katanya dengan nada berseloroh.

i. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: apaceritatv

Be the first to comment on "Tak Sangka Mira Filzah Cakap Macam Tu,Bila Di Tegur Video Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*