“Kenapa xrasa mcm pengantin baru yer. Tak rasa serinya” Komen Netizen Ini Dibalas Ayda Jebat

Sebagai pembuka tirai tahun 2021, pelakon Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih untuk bernikah pada tanggal 1 Januari.

Mereka kini telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 3:30 petang di sebuah masjid di ibu negara dengan mas kahwin seutas rantai berlian.

Dimaklumkan, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam dan masih lagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Majlis pernikahan mereka dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Nabil Mahir berhasrat memiliki 13 cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, angka terbabit adalah nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.

“Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan.

“Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun,” katanya ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Parah Parah di Publika, hari ini.

Sementara itu, Ayda pula berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya mendapat zuriat dalam masa terdekat.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat.

“Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Saya pun bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu,” katanya.

Menurut Ayda, majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari ini akan diadakan secara sederhana di sebuah masjid di ibu negara.

“Kami enggan mengambil sebarang risiko. Saya tak terkilan pun tiada majlis besar, malah lebih baik diadakan secara sederhana sahaja.

“Apa yang penting adalah perkara wajib, majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya dibhadiri kurang 50 tetamu,” katanya.

Pasangan pengantin baru-baru ini dijemput untuk menjadi tetamu di segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuuib. Beberapa buah video temubual dengan pasngan ini telah dimuatnaik menerusi Instagram Hotfm

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@hotfm976)

Saat Shuk dan Fizie bertanya Nabil mengenai dengan siapa yang Ayda Jebat tidak boleh berlakon bersama, Nabil menjelaskan bahawa beliau percaya kepada Ayda dan Ayda tahu untuk menjaga diri beliau sendiri. Situasi tersebut bergantung kepada keselesaan Ayda untuk menerima tawaran berlakon tersebut atau tidak.

Ayda memang terkenal dengan karakter beliau yang happy go lucky dan ceria. Mendengar Nabil yang memberikan Green Light dan percayakan beliau, Ayda kemudiannya bergurau bersama Shuk dan Fizie dengan membuat symbol tangan tanda bagus sambil ketawa.

Menjenguk di ruangan komen mengenai posting berkenaan, seorang netizen telah menyatakan bahawa wajah Ayda tidak nampak serinya sebagai seorang pengantin baru.

Netizen juga mengulas mengenai respon Ayda dalam video tersebut yang kelihatan gdik dan 0ver. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen mengenai video tersebut.

“biasalah tu.. Bukan saje sebab si Ayda ni rajin make up tebal2.. Tapi..dah sellu sgt2 kita tgok dia kawen. berlakon2 je..kawen…. Dah banyak kali kita tgok dia berlakon jd pengantin… Tu laa pasal.

So, bila dah betul2 dah nikah ni.. Kita nampak biasa je.. Hehehe. Anyway.. Kita sama2 doakan moga Ayda n pasngan happy2, bahagia hingga akhir hayat.. Aamiin” – Netizen

Terdahulu pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mediakl

Be the first to comment on "“Kenapa xrasa mcm pengantin baru yer. Tak rasa serinya” Komen Netizen Ini Dibalas Ayda Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*