“Ada Yang Lulus, Ada Yang Tak” Ini Penjelasan KWSP Kenapa Ada Yang Tak Lepas

Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula semalam.

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 jvta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 jvta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM 19.62 bili0n, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM 10.07 bili0n yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

Dokumen Tak Lengkap

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 jvta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam krlteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini.

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan pr0ses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua d0kumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong perm0honan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 jvta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah menlnggal dunia atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

“KWSP memberi jamlnan kepada ahli bahawa setiap aspek kese.lamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penlpu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsv dan menj.ejaskan slmpanan persaraan ahli.

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penlpuan dan aktiviti penlpuan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa C0VID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.

Orang No.1 Dalam KWSP Mejangkakan Rakyat Akan Jadi Miskin Tahap Papa Ked4na Jika Mengeluarkan Wang Dlm Akaun 1?

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir.

“Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya.

Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Ada Yang Lulus, Ada Yang Tak” Ini Penjelasan KWSP Kenapa Ada Yang Tak Lepas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*