“Duduk Bawah Asyik Kena Pijak…” – Wani Comel

Selepas terpalit dengan kontroversi mengaitkan dirinya dengan usahawan kosmetik berkaitan perjanjian duta produk kurus, wanita yang mengalami masalah berat badan, Wani Comel kini mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon pula.

Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dilihat menghadiri satu sesi uji bakat lakonan di sebuah syarikat produksi, Metrowealth.

“Kita ni daripada duduk bawah asyik kena pijak, kita kene upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki.

“Daripada orang pijak-pijak kita buat kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini, baru orang hargai kita,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bahkan, sesi uji bakat itu juga turut disertai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai

Kak Mel yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan umum selepas mendakwa dirinya dibuang kerja

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, pemilik produksi tersebut, David Teo turut mengalu-alukan kedatangan Wani.

“Semoga kita dapat bekerjasama untuk berikan watak-watak yang istimewa untuk awak. Kita akan cari watak komedi untuk Wani,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Airawani | 23 🇲🇾 (@wanicomel20)

Pada masa sama, Wani turut menjelaskan dia tidak kisah dengan watak yang akan diberikan kepadanya.

“Ikutlah (watak) apapun, janji jangan jadi pencacai sudah,” katanya.

Sebelum ini, Wani pernah menjadi perhatian ramai selepas bersuara berhubung isu tuntutan pembayaran yang dibuat ke atas Aliff Syukri selepas mendakwa dirinya diani1aya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Duduk Bawah Asyik Kena Pijak…” – Wani Comel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*