Muat Naik Foto Berkemban, Sekali Kena Bid4s Netizen – Sharifah Sakinah

Nama pelakon Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau dikenali sebagai Sharifah Sakinah sering terpalit dengan kontroversi tentang status hubungannya bersama dengan jejaka dari Sweden dan juga mengenai isu pakaian yang sering digayakan olehnya.

Namun walau banyak mana kecaman yang diterima, Sakinah tetap tidak menghiraukan apa juga kata-kata netizen.

Kini, Sakinah sedang sibuk menjalani pengambaran drama berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal bersiaran di TV3.

Dalam masa yang sama, Sakinah ada kongsikan sekeping foto di laman Instagram miliknya menunjukkan dirinya sedang berkemban sambil memegang sepuntung rokok.

Seperti biasa, berderet kecaman dan nasihat telah ditinggalkan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu.

 

Salah satu nasihat yang ditinggalkan oleh netizen ialah dengan berharap agar Sakinah dapat menjaga nama baik keluarga ‘Syed Sharifah’ yang terkenal dengan sifat yang terpuji.

Tetapi walaupun Sakinah tidak menghiraukan segala kec4man, netizen tetap berharap agar sedikit sebanyak beliau dapat berubah ke arah kebaikan.

Nak tegur tu tak salah, cuma jangan sampai mengguris perasaan orang lain ya.

Sumber foto: Instagram Sharifah Sakinah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment on "Muat Naik Foto Berkemban, Sekali Kena Bid4s Netizen – Sharifah Sakinah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*