Syafiq Kyle Tag Nama Mimi Lana Di Dada, Peminat Pula Yang Teruja

Selepas berpisah untuk beberapa bulan, kini pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana nampaknya sudah menyambung semula cinta yang terputus di tengah jalan pada November lalu.

Kini, pasangan kekasih ini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama yang menggandingkan mereka bersama.

Syafiq telah memuat naik fotonya bersama dengan Mimi dalam keadaan basah selepas selesai menjalani pengambaran drama tersebut.

Namun apa yang berjaya mendapat perhatian peminat ialah apabila Syafiq telah tag akaun Instagram Mimi Lana di dadanya sehingga membuatkan mereka teruja.

Komen yang ditinggalkan oleh peminat turut berharap agar hubungan mereka ini akan berkekalan.

Untuk makluman, Syafiq dan Mimi sudah bercinta hampir lima tahun dan harap-harap jodoh mereka ini akan berkekalan.

Sumber foto: Instagram Syafiq Kyle

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment on "Syafiq Kyle Tag Nama Mimi Lana Di Dada, Peminat Pula Yang Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*