Sy Masih Ada Maru4h – Salih Yaakob

” Ya, memang ada produksi menawarkan saya RM50 sehari sahaja untuk berlakon.”

Demikian pengakuan pelakon, pe­nyanyi dan pelawak, Salih Yaacob yang merasakan seolah-olah dipijak pemain industri apabila menawarkan watak dengan bayaran yang tidak setimpal lelah dan kudrat.

Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni namun hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama.

Mengakui terkejut, namun jelas Salih, 60, itu adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat dan pengalaman artis-artis lama.

Malah tambah Salih, dia sudah ‘tidak larat’ hendak me­layan birokrasi pemain industri seni yang sering kali menggunakan alasan tidak cukup bajet untuk memberikan harga rendah kepada pelakon lama.

” Ditawarkan RM50 sehari, itu termasuk kos perjalanan dan lain-lain yang ditanggung sendiri. Kami macam tiada nilai di mata mereka.

” Kita ada maruah dan harga diri. 40 tahun saya dalam industri seni, itu harga yang mereka nilai. Tak apa, lebih baik saya usaha mencari pendapatan lain. Allah itu ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Salih yang juga bekas penyampai radio berkata, buat masa ini, dia ha­nya mencari rezeki seperti berniaga kecil-kecilan dan mengharapkan tawaran daripada produksi yang tahu menghargai bakat orang lama.

Katanya, isteri-isterinya juga bijak mencari pendapatan sekali gus dapat membantunya menguruskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga

Salih masih mampu sara keluarga

Memetik kata-kata Salih dalam artikel pada 4 Mei tahun lalu, beliau bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga ketika negara melaksanakan PKP.

Menurut Salih, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

” Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.” kata Salih.

Salih yang bersara pada Mei 2019 berkata, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

” Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini. Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Berkongsi pandangannya terhadap penularan pandemik COV1D-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah bercer4i seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

Sumber:utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Sy Masih Ada Maru4h – Salih Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*