“Fizo sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Cov1d-19 ” – Fizo Omar syukur kesihatan anak semakin pulih

BUKAN mudah sebagai seorang bapa melihat anak yang masih kecil dimasukkan ke hospital lebih-lebih lagi apabila melibatkan v1rus Cov1d-19.

Itu luahan yang ditulis pelakon Fizo Omar menggambarkan isi hatinya sebaik mengetahui anaknya, Wan Maryam, 3, dijangkiti wabak tersebut.

“Sudah masuk hari keenam Maryam dir4wat di hospital disebabkan j4ngkitan Cov1d-19. Alhamdulillah sekarang ini keadaan Maryam dah ok dan aktif seperti biasa.

“Inilah satu-satunya anak yang saya ada dan macam-macam usaha dilakukan selama empat tahun sabar menanti anak yang hebat ini.

Fizo Omar mendoakan kesihatan anak tunggalnya, Wan Maryam.

“Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan Cov1d-19.

“Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Cov1d-19, apa pun tak boleh buat.

“Saya hanya mampu berdoa dan berharap Maryam kuat dan Allah sembuhkan dia dan kembali ke pangkuan saya,” kata Fizo.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, turut berpesan agar semua rakyat Malaysia mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah Cov1d-19 dengan ketat dan tidak leka dengan ancaman v1rus tersebut.

 

Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan Cov1d-19.

FIZO OMAR

PELAKON

“Jangan pentingkan diri! Petugas barisan hadapan kerja siang malam tanpa rehat dah hampir setahun, ambil ris1ko yang sangat tinggi, kes makin naik, hospital penuh, ambulans sampai tak cukup.

“Wang ringgit tak payah cakaplah berapa dah habis, tapi masih ada lagi yang jenis tidak ambil kisah dan ambil peduli sebab apa, sebab tak kena pada batang hidung sendiri.

“Semoga doa yang ikhlas dari semua ini Allah makbulkan dan hapuskanlah musibah yang melanda kita semua,” katanya.

Bekas isteri Fizo, Mawar turut disahkan pos1tif Cov1d-19.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, bekas isteri Fizo, Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam, telah disahkan positif Cov1d-19 dan menerima raw4tan di sebuah hospital sejak Isnin.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada 10 November 2013 di Kajang, Selangor namun pasangan itu akhirnya bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Fizo sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Cov1d-19 ” – Fizo Omar syukur kesihatan anak semakin pulih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*