Disamakan Macam Kh1nzir Ketika ‘Live’, Gadis Terkilan Keluarga Turut Dih1na Netizen

Baru-baru ini, seorang gadis menerima kritikan dan ‘face shamming’ dari netizen sewaktu dia membuat Live di TikTok mengenai tutorial solekan. Netizen turut menyamakan wajah gadis tersebut dengan kh1nzir dan sampah di ruangan komen.

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, gadis yang dikenali sebagai Nurul Janatul kecewa dengan sikap segelintir netizen mengaitkan dengan ayahnya yang sudah meninggal dunia. Malah, dia mampu lagi untuk bersabar sekiranya netizen mengecam fizikal dirinya.

Samakan wajah saya dengan kh1nzir

Ketika membuat Live di laman TikTok, terdapat beberapa akaun lain yang tidak dikenalinya telah melontarkan kata-kata negatif dan berbentuk menghina fizikal Nurul Janatul. Lebih terkesan lagi apabila kritikan tersebut melibatkan ayahnya yang sudah men1nggal dunia.

Saya boleh bersabar lagi jika mereka mengecam fizikal saya tetapi jadi sedih dan marah apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama men1nggal dunia.

Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan. Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorial sudah ada yang mengecam dan menyamakan wajah saya dengan kh1nzir dan sampah.

Mengh1na keluarga saya

Biarpun dikec4m teruk oleh netizen, Nurul Janatul terus kuat untuk membersihkan solekan pada wajahnya sebelum menamatkan Live itu. Difahamkan, pada mulanya dia berhasrat untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, namun, apabila diperiksa terdapat beberapa akaun tersebut telahpun dinyahaktifkan.

Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya. Biarpun dikec4m, saya teruskan tutorial dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentikan siaran langsung selepas sejam.

Tindakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka tetapi geram apabila ada yang sanggup menghina hingga mempermainkan keluarga saya.

Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dinyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tindakan.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "Disamakan Macam Kh1nzir Ketika ‘Live’, Gadis Terkilan Keluarga Turut Dih1na Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*