Kisah Ameng Spiring Jumpa Imam Masjid Dalam P3njara Buat Ramai Sayu

Kita rugi besar jika kita tak belajar dari Ameng Spring.

Kagum saya dengan Ameng Spring masa saya dengar bacaan beliau masa program Quran Hour 2 minggu lepas. Cukup perisa tajwid dan alunannya.

Dan kita boleh belajar benda besar dari beliau ini. Sebab kalau kita tak belajar point ini, kita terlepas satu benda yang mungkin kita anggap kecik. Tapi sebenarnya sangat besar yang boleh beri impak pada kita dan keluarga kita. Dan orang sekelilling kita.

Cerita Ah Meng.

Dalam penjara bukan sahaja ada orang yang bersalah. Ada juga orang yang alim yang masuk p3njara.

Kebetulan imam masjid ada juga masuk. Ustaz Qori pun ada juga masuk. Pelbagai golongan.

Dan setiap kali ada banduan masuk, saya akan perhati ada tak yang boleh baca Al-Quran.

Dan mungkin masa itu saya ditakdirkan Allah lah, ini mungkin kerana saya selalu berdoa dengan Allah.

“Ya Allah, aku ni tak pandai baca al-Quran. Kebetulan aku ada di sini, berilah peluang sebelum aku keluar bagi aku pandai betul-betul belajar al-Quran. Aku nak pandai tajwid, aku nak pandai baca, aku nak sedap baca. Aku takut besok Engkau Tanya,

“Ah meng engkau pandai nyanyi, kau pandai tak baca al-Quran? Saya takut itu. Jadi berilah kepandaian saya baca al-Quran.”

“Mungkin sebab doa saya, banyak orang-orang yang mahir al-Quran masuk penjara dengan saya masa tu. Sehingga sampai satu tahap seorang imam masjid ni, hafaz 30 juzuk, masuk p3njara.”
………….

“Imam, maafkanlah saya kalau, saya rasa awak masuk p3njara ni sebab saya.”

“Kenapa cakap macam tu.”

“Kerana hari-hari saya doa pada Allah. Ya Allah berilah aku pandai baca al-Quran. Ya Allah berilah aku pandai baca al-Quran. DIA masukkannya Imam ke dalam p3njara.”

Dia kata imam itu memang ada buat kesalahan. Dan dimasukkan p3njara duduk sebilik dengan dia. Dalam banyak-banyak bilik, dia duduk sebilik dengan Ameng.

“Kemudian bila dah habis saya belajar dengan Imam itu, dia dikeluarkan dari penjara.Macam datang selesaikan tugas sahaja.
Sehingga sekarang kalau wassap dia saya akan mintak maaf. Kalau-kalau doa saya sebabkan dia masuk p3njara.”

Kemudian bila saya doa, YA Allah ajarkan aku TARANNUM, masuk qori pulak ustaz.

Pun sama juga perjalanannya, masuk dalam bilik saya. Boleh ajar saya pagi-pagi. Sehingga saya dapat 7 tarannum. Dari bayyati, soba, hijaz nahawand, siqah, jiharkah.

Jadi,
5 Pelajaran Penting Saya Belajar Dari Ahmeng Spring.

1 – Manusia berubah. Macam beliau dari Penyanyi – Penjara – Qori.

2- Bila doa, doa yang jelas. Bukan secara umum. Doa nak mahir al-Quran dengan tajwid dan tarannum. Kalau nak anak Berjaya, sebut jelas nak Berjaya macam mana. Berikanlah kejayaan pangkat satu markah 90.

3- Doa hari-hari, banyak-banyak dan bersungguh-sungguh. Konsisten.

4- Kalau jumpa Ameng, nak mintak tolong dia sebut kita dalam doa dia.

5- Allah akan angkat orang yang bersama dengan al-Quran.

Kredit Firdaos Rawi

Isteri tak sangka Ameng (Spring) berjaya kuruskan badan, hilang 18 kg dalam tiga bulan – “Sejak PKP dia tekad jaga makan dan workout

Ameng amalkan gaya hidup sihat sepanjang PKP.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya digunakan sepenuhnya oleh penyanyi Ameng (Spring) apabila dia kini muncul penampilan baharu yang lebih kurus.

Isterinya, Sabariah Zakariah, mengakui vokalis kumpulan Spring itu berjaya mengawal pemakanannya sehingga perubahan saiz badan kelihatan sangat drastik.

Malah, Ameng juga kerap mengunjungi pusat kecergasan untuk melakukan senaman selepas kerajaan melonggarkan syarat PKP.

Ameng hilang lebih 18 kilogram dalam masa tiga bulan.

“Kita terinspirasi dengan perubahan Encik hubby (suami) kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tak terjangka. Macam tak percaya saja.

“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gim sebab PKP.

“Tapi bila kerajaan umum gim dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” kata Sabariah.

Sabariah berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto perbezaan bentuk badan suaminya pada Februari lalu dan terkini di laman Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut Ameng di laman sosial turut memuji perubahan penyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih.

Pada Julai lalu, isteri Ameng mendedahkan penyanyi itu berjaya menurunkan berat lebih 18 kilogram dalam masa tiga bulan.

Menerusi laporan mStar pada 29 November tahun lalu, Sabariah pernah meluahkan rasa beng4ng apabila terdapat individu menegur saiz badan suaminya yang kelihatan berisi.

Dalam pada itu, Sabariah mengakui bukan mudah untuk dia mengikut langkah-langkah yang dibuat suaminya itu terutamanya dalam mengawal permakanan.

“Kita saja menyerah tapi perlahan-lahan juga kawal makan walaupun sekali-sekala bedal. Hubby selalu pesan, apa pun dalam kehidupan ini, tak perlu nak stres.

“Jangan ambil peduli. Bersyukurlah seadanya,” ujarnya.

Ameng mempunyai seorang anak lelaki bernama Wan Ahmad Haizal, 13 hasil perkahwinannya dengan Sabariah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : 

Be the first to comment on "Kisah Ameng Spiring Jumpa Imam Masjid Dalam P3njara Buat Ramai Sayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*