“Siap bawa anak sekali” – Penjawat Awam Tidur Rumah Janda Lepas G4duh Dengan Isteri

Terpaksa menumpang tidur kerana berg4duh dengan isteri. Itu alasan seorang penjawat awam apabila dia ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di Padang Serai, Kulim kira-kira jam 3.40 pagi semalam.

Menurut Utusan, lelaki berusia 32 tahun yang berstatus suami orang itu ditahan bersama seorang ibu tunggal berusia 39 tahun di rumah wanita berkenaan.

Difahamkan, pihak PADK menerima aduan daripada orang awam yang mengesyaki berlaku peruatan m4ksiat di dalam rumah tersebut. Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki tersebut turut membawa seorang anak lelakinya berusia 3 tahun ke rumah wanita berkenaan.

Saya bersama empat penguat kuasa (PADK) kemudian membuat pemeriksaan di rumah yang dimaklumkan.”

Kita mengetuk pintu selama kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita membuka pintu dan apabila dimaklumkan tujuan kehadiran kami, dia  membenarkan kami masuk untuk menjalankan pemeriksaan.”

Selepas melakukan pemeriksaan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan anak wanita terbabit dijumpai berada dalam sebuah bilik di rumah itu.

Ketika disoal siasat, lelaki itu memberi alasan sedang berg4duh dengan isterinya, jadi dia keluar dari rumah di Pulau Pinang membawa anaknya itu.

Pemeriksaan lanjut di sebuah lagi bilik, kita menemui seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak lelaki. Dia mendakwa tiada tempat tidur, jadi dia menumpang di rumah wanita itu.”

Wanita berkenaan disahkan sudah bercer4i dan mempunyai empat orang anak di mana tiga lagi tinggal bekas suaminya. Kedua-dua mereka merupakan penjawat awam di Pulau Pinang dan ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal mengemukakan dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Pasangan itu dibawah ke Balai Polis Padang Serai untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat untuk si4satan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jen4yah Syariah Negeri 2014.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Siap bawa anak sekali” – Penjawat Awam Tidur Rumah Janda Lepas G4duh Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*