Penyelam Kongsi Video Pesawat Sriwijaya Air Hancur Berkecai Di Dasar Laut

Pesawat komersial Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hilang dari radar. Pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 6 anak kapal bersama 40 penumpang dewasa, 7 kanak-kanak dan 3 bayi disahkan men1nggal dunia sejurus terh3mpas di lautan itu.

Di Twitter, beberapa portal tempatan berkongsikan keratan rakaman video pesawat tersebut sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, selain video pasukan Navy Indonesia menemui serpihan pesawat berkenaan.

SJY182 sebelum hilang dari radar

Twitter AvGeek4 berkongsikan rakaman momen pesawat SJY182 yang baru sahaja dalam operasi berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta sebelum hilang dari radar.

Keadaan di dasar lautan

Breakingavnews turut berkongsikan video rakaman pasukan Navy Indonesia telah berjaya menemukan bingkai pesawat SJY182 di peraiaran Kepulauan Seribu. Susulan itu, mereka turut menemui barangan termasuk pakaian m4ngsa pesawat berkenaan.

Keluarga m4ngsa diambil sample DNA

Memetik laporan DWnews, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui kotak hitam (black box) pesawat SJY182 berkenaan. Kini, kesemua keluarga m4ngsa terlibat perlu tampil memberikan sample DNA bagi mengesahkan identiti m4ngsa. Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737-500 itu hilang dari radar selama kira-kira empat minit sebelum terhempas di lautan.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui beberapa jasad mangsa di periaran berkenaan. Polis Jakarta iaitu Yusri Yunus melaporkan beberapa tubvh m4ngsa telah ditemui dan kini dalam proses untuk dikenalpasti.

Beberapa bahagian tubvh manusia ditemui dan kami telah membawanya ke hospital polis untuk dikenalpasti. Kami percaya barangan milik penumpang juga ditemui.

Sumber: Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "Penyelam Kongsi Video Pesawat Sriwijaya Air Hancur Berkecai Di Dasar Laut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*