Kelakuan Pelik Juruterbang Sebelum Pesawat Terh3mpas

Jakarta: Sikap terburu-buru sebelum keluar bekerja menjadi petanda pemergian Kapten Afwan Zamzani, juruterbang pesawat Sriwijaya Air yang terhempas dan mengorb4nkan 62 orang di Pulau Lanchang, Sabtu lalu.

Menurut anak saudaranya, Ferza Mahardika, kelakuan bapa saudaranya itu yang sebelum ini sentiasa tenang, namun agak pelik pada hari kejadian.

Katanya, malah uniform kerja yang dipakai Afwan tidak sempat diseterika.

“Kebiasaannya dia akan pastikan pakaian kerjanya diseterika sebelum keluar bertugas, namun hari kejadian dia nampak tergesa-gesa,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com.

Malah, Afwan dikatakan sempat memohon maaf kepada isteri dan anaknya sebelum keluar rumah.

Kelakuan pelik itu mengundang tanda tanya kepada keluarganya, namun tidak menyangka ia menjadi petanda pem3rgiannya.

“Jika kebiasaannya dia hanya bersalam dengan isteri dan anaknya, namun hari kejadian dia turut memohon maaf.

“Anaknya ada menegur kelakuan anehnya,” katanya ketika ditemui di rumah Afwan di Jawa Tengah.

Walaupun agak mustahil m4ngsa ditemui selamat, namun keluarga juruterbang itu masih menaruh harapan ada berita baik akan diterima.

“Kami masih menunggu maklumat terkini daripada pengurusan Sriwijaya Air. Kami harap yang terbaik untuk pakcik (Afwan) dan penumpang lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Be the first to comment on "Kelakuan Pelik Juruterbang Sebelum Pesawat Terh3mpas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*