‘Suamiku, Kamu Pasti Bisa Bertahan’ – Isteri Krew Pesawat Sriwijaya Air Kongsi Perbualan Terakhir

Ins1den sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air, yang terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak baru-baru ini, mendapat perhatian dunia. Difahamkan, sehingga kini operasi mencari bangkai pesawat dan kesemua m4ngsa masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Di Instagram, seorang pramugari bernama Aldharefa antara waris yang terkesan apabila suaminya dilaporkan terbabit dalam tragedi itu. Lebih memilukan, posting yang dimuat naik oleh wanita tersebut di Instagram Storynya jelas menunjukkan betapa rindunya seorang isteri terhadap suami yang juga merupakan krew pesawat tersebut.

Pasti bisa bertahan

Menurut Instagram Story yang dimuat naik Aldharefa, mereka berdua sempat membalas kiriman Whatsapp antara satu sama lain sebelum suaminya itu memulakan tugasnya sebagai krew pesawat tersebut. Antara kiriman yang menyentuh hati semua pihak termasuk isterinya ialah apabila dia meminta wanita tersebut menunggu kepulangannya.

Sebagai seorang isteri, Aldharefa berharap suaminya itu membalas semula kiriman Whatsapp yang dihantar olehnya meskipun, dia tahu bahawa pesawat yang dinaiki oleh suaminya itu dipercayai sudah terh3mpas.

Mohon doa teman-teman

Aldharefa turut memohon doa orang ramai agar Allah memberikan mukjizat buat suaminya. Dia juga berharap suaminya itu dapat kembali semula ke pangkuannya dalam keadaan yang sihat tanpa mempunyai kekurangan.

Sumber: Aldharefa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "‘Suamiku, Kamu Pasti Bisa Bertahan’ – Isteri Krew Pesawat Sriwijaya Air Kongsi Perbualan Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*