Reaksi Bapa Bila Disakat Oleh Anaknya, “Aduh Lawak La”

Bagi lelaki yang meminati kereta tiada apa yang pelik bila mereka terlalu sayang akan kenderaannya itu. Kalau boleh nak ‘berhabis’ untuk dapatkan kereta yang diidamkan. Malah mereka ini juga akan menjaga kereta mereka itu dengan baik sekali.

Manakan tidak, duit dah berhabis nak dapatkan hasil yang diidamkan. Mestilah kena jaga dengan baik. Baru-baru ini tular dengan satu video reaksi bapa bila disakat oleh anaknya.

Dalam rakaman itu pada awalnya kelihatan seorang anak kecil sedang asyik bermain kereta mainan di atas bonet depan kereta. Tiba-tiba si bapa datang dan cuba menghalang perbuatan anaknya. Apa yang mencvri perhatian ramai adalah reaksi cuak si bapa itu.

Melihatkan keadaan tersebut si kecil ini mengusik si bapanya dengan berpura-pura mahu bermain lagi di bonet kenderaan tersebut. Berikut adalah video yang dikongsikan semula oleh Instagram Hotfm baru-baru ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@hotfm976)

Difahamkan video reaksi bapa bila disakat oleh anaknya tersebut adalah milik asal pengguna Instagram sitihasreena11. Rakaman tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 40 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Mana tak ser4m kereta mahal hahaha”

Budak sakat bapa main mainan atas kereta 1

“Awak ni dik, ayah sampai rabak seluar hahaha nak jaga Honda dia hahaha”

Budak sakat bapa main mainan 3

“Aduh lawak laa”

Budak sakat bapa main mainan 2

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Reaksi Bapa Bila Disakat Oleh Anaknya, “Aduh Lawak La”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*