Baru je Diumum PKP 2.0, Sekali Sharnaaz Ahmad Beri Ayat Pedas

Pada 11 Disember lepas, sekali lagi kita semua dikejutkan dengan berita Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 negeri seluruh Malaysia serta beberapa lagi negeri yang perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad pernah bersuara tentang kes C0vld-l9 yang semakin meningkat di seluruh Malaysia selepas terdapat Kluster Tahun Baru baru-baru ini.

Kali ini, Sharnaaz sekali lagi bersuara tentang PKP 2.0 ini dan turut menegur sikap rakyat Malaysia yang menyebabkan kes semakin meningkat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Allah… 2020, 2021, 21, 21, 23 tak ada yang berubah pun.  13 haribulan ni kita akan hadapi PKP 2.0 , salah siapa? Tak payah salahkan pilihan raya, salahkan itu ini. Cuba tanya diri kita, adakah kita menjadi citizen yang betul? Aku sendiri tak mematuhi SOP 100%. Korang yang pergi bercuti semua, aku tak tahu nak cakap apa.”

Bagi Sharnaaz, beliau sendiri bagaikan sudah dapat jangka bahawa akan adanya PKP 2.0 pada tahun ini selepas melihat video sambutan Krismas dan Tahun Baru.

Sharnaaz Ahmad Says It's Unfair For People To Blame Him For Failed Marriage | Hype Malaysia

Dalam masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada semua barisan selebriti yang turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.

Sharnaaz turut sempat memberi kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang berjuang melawan virus C0VlD-l9.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber foto dan video: Instagram Sharnaaz Ahmad

Be the first to comment on "Baru je Diumum PKP 2.0, Sekali Sharnaaz Ahmad Beri Ayat Pedas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*