Dua Mngsa Ini Beli Tiket Guna IC Org Lain. Terjawab Identiti Sebenar Dan Ini Tujuan Mereka Mahu ke Pntianak

Seorang remaja, Sarah Beatrice Alomau, 19, bingung selepas mendapati namanya berada dalam senarai mngsa n4has psawat Sriw1jaya Air yang terh3mpas Sabtu lalu.

Sarah yang menetap di Tangerang dan bekerja di kilang kertas mengesyaki rakan sekerjanya menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan.

Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi berkata, remaja berkenaan terkejut selepas melihat namanya tertera di televisyen sebagai seorang mngsa n4has psawat itu.

” Dia mengesyaki rakan sekerjanya, Selvin Daro menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan ke Pontianak,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai Selvin.

Sarah melalui peguamnya, Richard Riwoe berkata, dia tidak pernah meminjamkan kad pengenalannya kepada Selvin dan kad berkenaan masih ada dalam simpanannya.

” Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah,” katanya.

Richard berkata, timbul persoalan bagaimana Selvin melepasi prosedur pemeriksaan penumpang menggunakan nama individu lain.

” Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sebenar.

” Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini,” katanya.

Merancang untuk berkahwin

Sementara itu dua mngsa n4has psawat Sriw1jaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan dikatakan mahu berkahwin.

Kompas melaporkan, hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial, kedua-dua mngsa juga dikatakan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Kedua-dua mngsa menggunakan identiti Felix Wenggo dan Sarah Beatrice Alomau dengan tempat duduk bernombor 17 dan 18.

Mereka dipercayai meminjam kad pengenalan diri rakan masing-masing untuk menaiki psawat itu. Wakil keluarga mngsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mngsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro.

” Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain,” katanya kepada Kompas.

Menurutnya, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan pergi ke Pontianak untuk mencari pekerjaan.

” Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.

” Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap jnzah kedua-dua mngsa dapat ditemukan.

” Dalam keadaan apa pun, kami anggap ia adalah mus1bah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Dua Mngsa Ini Beli Tiket Guna IC Org Lain. Terjawab Identiti Sebenar Dan Ini Tujuan Mereka Mahu ke Pntianak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*