Polis Buru Pemilik Facebook ‘Respati’, Muat Naik Posting Jelik & H1na PDRM

Polis kini memburu pemilik akaun Facebook ‘Respati’ gara-gara memuat naik posting yang berbaur ugut4n dan h1naan terhadap pihak berkuasa yang tular sejak semalam.

Menerusi Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS yang memetik Bernama, polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Respati’ selepas individu itu memuat naik kenyataan jelik, berbaur pengh1naan serta ugut4n terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen disebabkan tidak berpuas hati dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Sias4tan Jen4yah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan lokasi pemilik akaun itu.

Kertas si4satan juga akan dibuka dan kes akan disi4sat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah individu atau sesebuah organisasi. 

Dalam posting yang dimuat naik oleh Respati pada hari Selasa lalu, 12 Januari 2021, dia telah mencabar pihak imigresen atau polis agar bertemu dengannya yang berada di Batu 13 Jeroco. Bukan itu sahaja, dia turut mengajak pemandu lori, treler untuk melanggar anggota polis yang membuat sekatan jalan raya. 

Polis kamu datang di Batu 13 Jeroco… Aku tunggu kamu.. Migresen kah apa, datang kamu semua. 

Kalau ada PKP nanti mau hadang kamu semua. Driver kamu langgar saja bosku pakai lori tanker, lori 18 tayar ok bosku. 

Sini kamu kalau berani… Aku masih di Batu 13, Jeroco menunggu kamu polis ta*i. 

Tak habis di situ, dia juga mengajak orang ramai untuk membawa senjata taj4m untuk berdepan dengan polis. 

Jangan pernah takut sama polis. Bawakan saja parang panjang, samurai, bad1k pisau tusvk semua polis ta*i, ba*i, anj**g, kurang ajar kamu polis ta*i.

Posting tersebut yang tular sejak semalam, Rabu, 13 Januari 2021 telah menerima lebih daripada 313 shares untuk meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun tersebut.

Min nak ingatkan jangan sesuka hati ye nak ‘lantang’ sangat bersuara di sosmed sampaikan mengh1na orang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Polis Buru Pemilik Facebook ‘Respati’, Muat Naik Posting Jelik & H1na PDRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*