Baru Je Svntik V4ksin, Sasha Saidin dedah kesan yang dialami dia dan suami – “Saya berasa letih dan… suami pula sak1t kepala”

SELEPAS 21 hari menerima svntikan pertama, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin memaklumkan dia serta suaminya iaitu Sirhan Wahab sudah melengkapkan svntikan v4ksin C0vld-l9 jenis Sinopharm dengan mengambil dos kedua pada Rabu.

Ujar pelakon berusia 45 tahun berkenaan, dia menerima svntikan dos kedua yang merupakan booster atau penggalak itu di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite turut berkongsi keadaan dia dan suami yang berasa letih dan mengalami saki1t kepala selepas menerima svntikan tersebut.

Sasha berkongsi pengalaman itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah semalam Sirhan dan saya sudah melengkapkan v4ksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suvntikan pertama di Hospital Emirates Field di UAE.

“Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada (berfungsi sebagai) booster (penggalak) dan lebih ‘ringan’ berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini.

“Sebaik pulang ke rumah dari pusat v4ksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan sak1it kepala. Namun selepas makan ubat paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.

 

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bekerja keras membantu menghasilkan v4ksin.

SASHA SAIDIN

PENYANYI

“Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (Khamis),” katanya.

Kakak kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi pengalaman tersebut menerusi laman Instagram.

Sasha dan suaminya yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

Dalam pada itu, Sasha mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan UAE yang berterusan bertungkus lumus melawan pandemik C0vld-l9.

Malah, Sasha juga mengagumi kerja keras barisan hadapan iaitu doktor, jururawat dan petugas kesihatan di hospital tersebut yang masih mampu melakukan tugas dengan baik biarpun dalam keadaan kepenatan.

Sasha dan suami menetap di UAE selepas mereka berkahwin.

“Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada @ministryofhealthuae yang bertungkus lumus melawan pandemik serta menyediakan vaksin percuma untuk seluruh penduduk di UAE.

“Dua kali pergi hospital itu, kami melihat doktor, jururawat dan petugas di sana dalam keadaan keletihan menguruskan beribu pesakit setiap hari namun masih tetap menjalankan tugas dengan baik.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bekerja keras membantu menghasilkan vaksin dan terima kasih atas doa anda semua serta kami juga mendoakan anda dalam keadaan baik,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Baru Je Svntik V4ksin, Sasha Saidin dedah kesan yang dialami dia dan suami – “Saya berasa letih dan… suami pula sak1t kepala”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*