“Sesuatu Berlaku Kepada Saya, Jangan Bawa Anak Saya Berarak Seperti Itu,” – Haniff Hamzah Komen Fasal Video Viral

 

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak yang telah ditempatkan ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bagi menjalani tempoh kuarantin selepas didapati positif Cov1d-19.

Menurut laporan Harian Metro, adik yang dikanali sebagai Mohamad Nor Atho’ullah, 11 ini telah menjalani tempoh kuarantin bersama abangnya, Nur Kamilatul Alifah Mohamad Kamal, 26.

Jelas Kamilatul, dia dan adiknya baru sahaja kehilangan bapa mereka pada malam semalam akib4t ser4ngan kenc1ng manis, dar4h tinggi dan peny4kit buah pinggang tahap empat.

“Kem4tian ayah tidak mengejutkan kerana doktor ada memaklumkan keadaan jantungnya yang berhenti seketika selepas melakukan raw4tan dialisis malah beberapa hari sebelum men1ngggal dunia, dia (ayah) diberi ub4t tidur tetapi ia tidak dapat menyelamatkannya,” katanya seperti yang dipetik.

Atas rasa simpati, para pesakit yang turut sama menjalani proses kuarantin di pusat tersebut sepakat melakukan pungutan derma buat Kamilatul dan juga Atho’ullah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@hotfm976)

Lalu, ramai yang memberikan reaksi terhadap video yang diperkatakan itu, termasuk penyampai radio, Haniff Hamzah.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat telah dibawa mengelilingi pusat kuarantin tersebut sambil membawa beg buat mereka yang ingin memberikan sumbangan.

“Aku tak setuju dengan perkongsian video kanak-kanak yang kehilangan ayahnya dikongsi begitu.

“Something happens to me don’t u parade my child around like that.

“Anak-anak harus dilindungi. Tak perlu memaksa dia untuk kuat. He should be able to feel sad and not pressured by suroundings.

“Jadi Aku harap kau faham kenapa aku tak setuju,” kongsinya di laman Twitter.

Melihat di ruangan komen, ada warganet yang memberikan reaksi terhadap pandangan yang dikongsikan oleh penyampai radio Era itu.

Terdahulu, difahamkan Kamilatul bersama adik beradiknya telah pun discaj daripada pusat kuarantin tersebut bermula hari ini.

Sumber: Instagram Hot FM, Twitter Haniff Hamzah & Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Sesuatu Berlaku Kepada Saya, Jangan Bawa Anak Saya Berarak Seperti Itu,” – Haniff Hamzah Komen Fasal Video Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*