Ibu tunggal 5 anak dihal4u suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 – “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah seorang wanita muda yang terpaksa bersendirian menyara lima anaknya yang masih kecil dan menjaga ibu yang sedang sakit, selepas berpisah dengan suami.

Kisah wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Zuriah dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, yang berkunjung ke terataknya baru-baru ini.

Menurut Natipah, sebelum keluarga tujuh beranak ini dirujuk kepadanya oleh ahli jawatankuasa masjid di qariah sebuah perkampungan di Kedah, mereka hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor.

“Sebelum ini mereka tujuh beranak tinggal di Selangor. Rumah tangga Zuriah sudah tidak mampu diselamatkan lagi kerana suaminya yang juga seorang pen4gih dad4h itu kerap memvkulnya dan anak-anak.

“Setelah diceraikan suami, Zuriah pun dihalau keluar dari rumah. Sebelum balik ke Kedah, Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.

Anak sulung Zuriah yang berusia 14 tahun bekerja sebagai tukang cucu di R&R.

“Pihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah,”ceritanya.

Nasib keluarga malang ini mendapat perhatian seorang pemilik homestay dan membenarkan mereka tinggal di situ buat sementara waktu.

“Berbekalkan wang RM100 mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan Zakat Kedah. Bantuan selanjutnya sedang dalam proses.

Dalam perkembangan terbaharu, Natipah memaklumkan pihaknya berjaya mencari rumah sewa buat keluarga ini membina kehidupan baharu.

“Kali pertama pergi menemui mereka, terbit rasa kasihan kerana anak-anak masih kecil. Lagi kesian anak sulungnya yang baru 14 tahun tapi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Anak remaja ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R&R dengan gaji harian, RM25 sehari. Sebagai anak lelaki dialah yang harus memikul tanggungjawab… tapi dia harus kembali ke sekolah nanti.

“Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya,” cerita Natipah yang sudah 10 tahun bergiat aktif sebagai aktivis kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 10 tahun lalu.

 

Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai.

NATIPAH ABU

AKTIVIS KEBAJIKAN/KEMANUSIAAN

Menurut Natipah, perkongsian kisah Zuriah bertujuan untuk meraih sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga ibu tunggal ini memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah sewa kelak.

“Kita akan membayar sewa rumah selama dua tahun, membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergi bekerja di samping mendapatkan bantuan dari Zakat Kedah dan JKM.

“Kes seperti ini perlukan penglibatan masyarakat kerana melibatkan kewangan. Bantuan kewangan dari pihak berwajib harus melalui proses dokumentasi dan memakan masa. Justeru bantuan segera masyarakat akan meringankan beban mereka yang tersepit.

Natipah (kiri) sudah lebih 10 tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

“Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai. Kita tidak menggalakkan bantuan dalam bentuk wang tunai yang banyak kerana biasanya wang habis tanpa dapat memenuhi objektif utama wang itu disumbangkan.

“Untuk itu kita menyusun strategi bantuan dengan sistem sokongan bantuan bulanan dari pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga dengan sedekah yang kita niatkan akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji,”ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Ibu tunggal 5 anak dihal4u suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 – “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*