Netizan Tegur Biarkan anak lelaki berambut panjang, sekali Amar Baharin balas balik

GARA-GARA membiarkan anak lelaki berambut panjang, pelakon Amar Baharin menerima komen teguran daripada seorang pengikut di laman Instagram.

Membalas komen yang ditulis netizen itu, Amar berkata dia mempunyai sebab tersendiri membiarkan anak sulungnya iaitu Aqeef Anaqi berambut panjang.

“Awak tak perlu kasihan dekat anak saya… bila dia tanya, saya cerita sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak.

“Jangan lupa cerita juga sunnah-sunnah Nabi pada anak-anak. InsyaAllah dia membesar jadi anak soleh dan solehah ahli sunnah.

“Saya doakan awak! Jangan kasihankan Nabi pula ya, Nabi itu kita jadikan ikutan dan panduan… InsyaAllah semoga bermanfaat, ” katanya.

Amar jelaskan sebab membiarkan anak lelaki berambut panjang.

Suami kepada aktres Amyra Rosli ini menulis komen itu pada satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Sebelum itu, seorang pengikut menegur gaya rambut Anaqi yang dikatakan terlalu panjang dan kurang sesuai untuk seorang kanak-kanak lelaki.

“Potonglah rambut anak lelaki tu… lebih kemas dan lebih sesuai untuk anak itu. Kasihan dekat anak lelaki tu rambut macam perempuan. Kasihanlah kat anak tu, ” komen pengikut berkenaan.

Sementara itu, rata-rata pengikut bersetuju dengan pandangan Amar itu kerana sebagai seorang bapa pasti mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya.

Antara komen yang ditulis pengikut pada foto yang dimuat naik Amar itu.

“Aku rasa cara hang (awak) tegur tu tak kena. Anak dia, biarlah kat dia. Bukan sebab Amar ni artis ke apa! Amar pun bukan kenal aku tapi cara tegur nak perbetulkan anak orang tu tak kena.

“Esok anak dia besar, dia tahulah nak kerat rambut anak dia… takkanlah seorang bapa tak nak potong rambut anak bila masuk sekolah.

“Awak pergi buat kerja awak dulu, jangan kalut hal orang lainlah! Anak dia rambut panjang tapi kemas, masing-masing ada cara nak didik anak sendiri, ” komen peminat.

Anak sulung Amar, Amyra Rosli cedera bahagian siku akibat terseli-uh – “Nasib baik tiada yang serius”

Sebelum ini ANAK sulung kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi dimasukkan ke hospital akibat dislokasi di bahagaian sendi siku kirinya.

Menurut Amar, 35, insid3n tersebut berlaku ketika Anaqi, 3, sedang bermain di kediaman mereka.

“Dia terkena subluxation atau dislokasi di bahagian sendi siku dia.

“Benda ni terjadi masa dia tengah main-main dekat rumah… terseliuh waktu Amyra nak suap dia makan.

Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast.

“Biasalah budak-budak umur macam ni tengah nak explore,” katanya kepada mStar.

Tambah Amar, anak lelakinya kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan berada dalam keadaan baik.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini turut bersyukur kerana kec3deraan yang dialami Anaqi tidak terlalu serius.

“Alhamdulillah, Anaqi dah okey sikit… dia dah dekat rumah sekarang ni.

Amar dan isterinya, Amyra bersama anak-anak mereka.

“Nasib baik tak ada apa-apa yang terlalu serius. Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast supaya tak mengganggu proses untuk dia sembuh,” ujarnya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Netizan Tegur Biarkan anak lelaki berambut panjang, sekali Amar Baharin balas balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*