Putrajaya Sesak Gara-Gara Ayam Free, Netizen Bimbang Cetus Kluster Baru

Di Presint 9 Putrajaya menjadi sesak apabila orang ramai berpusu-pusu beratur bagi mendapatkan seekor ayam percuma yang diberikan oleh Pemuda UMNO cawangan Putrajaya. Difahamkan, sebanyak 2,000 ekor ayam beku diagihkan kepada penduduk sekitar Putrajaya.

Situasi itu bagaimanapun telah menyebabkan jalan menjadi sesak dan netizen bimbang akan tercetusnya ‘Kluster Ayam’ ekoran daripada program tersebut.

Hampir 2,000 penduduk

Memetik laporan Sinar Harian, hampir 2,000 penduduk telah mengunjungi Rumah Perlindungan Kucing, Putrajaya bagi mendapatkan ayam. Kebanyakan antara mereka hanya menaiki motosikal dan ada juga memandu kereta ke situ sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

‘Wow kluster ayam beku’

Di media sosial, viral beberapa video dan foto menyaksikan orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan bekalan tersebut. Malah, netizen juga meluahkan rasa bimbang akan wujudnya ‘Kluster Ayam’.

Dah dapat kebenaran

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Mohd Zushaidey Zulkifli berkata pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kami menitikberatkan soal prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan.

Pada mulanya kami bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, kita bagi seekor ayam untuk seorang.

Sumber: Wan Zairul Azri, Mohd Redzuan Abdul Manap, Sinar Harian

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "Putrajaya Sesak Gara-Gara Ayam Free, Netizen Bimbang Cetus Kluster Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*