Bubble Bee Diarah Tutup Serta Merta, Shuib Dedah Punca Sebenar

Nama pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu semakin dikagumi ramai kerana kejayaan dalam bidang perniagaan dimana kafe miliknya Bubble Bee mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Berkat gandingan usaha bersama isteri, penyanyi Siti Sarah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dia berjaya mengembangkan beberapa cawangan Bubble Bee di sekitar negara.

Terbaru, timbul satu isu berkenaan sebuah cawangan baru Bubble Bee di Jalan Beserah, Kuantan telah diserbu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.

Malah, pengendali makanan yang bekerja di kafe itu juga didakwa tidak mempunyai kad kesihatan. Laporan itu dikongsi menerusi laman Facebook MPK hari ini.

Penutupan kedai minuman

“Penutupan kedai minuman Bubble Bee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.

Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan reaksi yang berbeza-beza. Ada yang menyokong tindakan MPK, namun ada juga yang tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan MPK yang disifiatkan ‘memilih bulu’.

Mana Shuib, macam mana meniaga takde lesen

Tak sabar nak buka sampai lupa tunggu lesen siap ke?

Bagaimanapun, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai wakil bahagian pengurusan kedai tersebut turut tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting berkenaan.

Baru lancar semalam?

Menurutnya, masalah terbabit terjadi kerana setiap dokumen yang dihantar menggunakan khidmat ‘runner’ perlesenan, tidak diserahkan ke bahagian perlesenan MPK.

Pengurusan BubbleBee Bersuara :

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/

Be the first to comment on "Bubble Bee Diarah Tutup Serta Merta, Shuib Dedah Punca Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*