Trending ‘My Lecturer My Husband’, Rupanya Reza Rahadian Memang Pensyarah Sebenar!

Mungkin ada di antara kita yang sudah menonton drama bersiri ‘My Lecturer My Husband’ lakonan pelakon mantap dari Indonesia iaitu Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina. Lakonan Reza Rahadian turut meninggalkan impak kepada penonton termasuklah Habibie & Ainun, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan My Stupid Boss.

Tapi tahukah anda, Reza Rahadian juga merupakan seorang pensyarah di Universitas Indonesia (UI)? Rupanya, dia bukan sahaja memegang watak pensyarah di dalam filem, tetapi di dunia realiti juga. Wow!

Pengajar di University of Indonesia

Nama pelakon Reza Rahadian memang tidak asing lagi dalam dunia lakonan Indonesia, setiap lakonannya pasti meninggalkan kesan buat penonton. Bukan hanya power berlakon, tetapi ada kebolehan mengajar juga sebagai seorang pensyarah.

Memetik portal Detik News, Ketua Program Studi Vokasi Komunikasi UI iaitu Dr. Devie Rahmawati telah mengeluarkan kenyataan bahawa Reza Rahadian merupakan salah seorang tenaga pengajar di sana. Pelakon lelaki itu mengajar teori bagi subjek Mata Kuliah Olah Suara dan Penyajian.

Bagi subjek ini, Reza Rahadian tidak mengajar seorangan tetapi dia juga ditemani Fadhil Patra, Ngurah Rangga Wisesa, Devie Rahmawati, dan Amelita Lusia untuk memberi didikan kepada pelajar di institusi tersebut.

Aksi spontan Reza dalam kelas

https://www.tiktok.com/?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2F&referer_video_id=6910929177654938882

Sebelum ini, sudah tersebar foto dan video menyaksikan Reza Rahadian sedang mengajar di dalam kelas. Terbaru, sekali lagi tersebarnya video seperti yang dikongsikan Putezilla melalui akaun TikTok. Video ini memaparkan aksi spontan Reza Rahadian sedang mengajar.

Sumber: Putrezilla, Detik News

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Trending ‘My Lecturer My Husband’, Rupanya Reza Rahadian Memang Pensyarah Sebenar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*