Aloy Nak Jumpa, T4mpar Ogy? Ini Komen Balas Padu Tuan Badan

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan kembali apabila penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung, Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud.

Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy berkata, dia tidak pernah lupa atau lari dari membayar hut4ng.

Ujarnya, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Malaslah nak cakap yang saya bayar hutang. Saya tak cerita pada orang pun. Takkan saya nak melayan sahaja apa dia nak menulis.

“Saya bayar kepada rakan kongsinya, Rayza Mukmin. Itu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua orang. Ya, saya mengaku belum habis bayar untuk dia, tapi yang lainnya ramai yang saya sudah habis bayar.

“Yang penting saya bayar, bukannya saya lari atau tukar nombor telefon. Saya nak lari ke mana?” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ogy juga memaklumkan dia keluar dari kumpulan WhatsApp yang diwujudkan khas untuk teater berkenaan.

Bagaimanapun, dia enggan melayan mesej yang keluarkan penulis teater terbabit.

“Tapi, mungkin dia (Aloy) gemar cara begitu, biarkanlah. Saya pun tak kuasa melayan.

“Tak baguslah dia bermvsuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.

“Saya malas nak melayan lebih-lebih kerana dalam kumpulan WhatsApp pun Aloy ada keluarkan perkataan, tunggu saja nak jumpa nak tamp4r. Saya buat tangkap layar, tunjuk kepada Rayza dan kata perlukah bercakap dengan orang tua begini?” ujarnya.

Terdahulu, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Aloy Nak Jumpa, T4mpar Ogy? Ini Komen Balas Padu Tuan Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*