Persenda Norlia Ghani, ‘Rosmah’ dik3cam teruk. Sekali Anak Saudara Masuk Komen

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian gambar daripada seorang individu yang amat mengagumi kejelitaan yang dimiliki oleh model dan pelakon, Kavita Sidhu meski pun ketika ini usianya telah mencecah 49 tahun.

Menurut individu berkenaan, wajah yang dimiliki oleh Kavita kelihatan seakan-akan seperti tidak mamah usia selain turut memiliki tubuh yang langsing.

“Kavita Sidhu umur 49. Korang umur 30 dah serupa Norlia Ghani,” tulisnya di laman Twitter

Bagaimanapun, tweet tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan berbandingan tersebut seolah-olah mempersendakan pelakon senior tersebut.

Turut sama meluahkan rasa kec3wa terhadap entry berkenaan adalah anak saudara kepada Norlia yang dikenali sebagai Januar Haikal.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Januar memberi tahu, ibu saudaranya itu telah berkerja dengan keras di sepanjang usianya dan dia jelas berasa agak sedih melihat perbandingan tersebut.

“Norlia ghani is my auntie. And she works really really hard at her age. I don’t know what and how to feel when i see this kind of comparison.

“May Allah bless you. I hope you get all the attention you have ever wanted,” tulisnya.

Ins1den tersebut kemudiannya telah menyebabkan nama Norlia Ghani menjadi sebutan selain turut trending di platform Twitter sejak tengah hari tadi.

Ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersendakan pelakon veteran, Norlia Ramli.

“Norlia Ghani is my auntie (Norlia Ghani ialah ibu saudara saya). And she works really hard at her age (dan dia bekerja keras pada usianya). I don’t know what and how to feel when I see this kind of comparison. (Saya tak tahu dan nak rasa rasa bagaimana bila saya saya nampak perbandingan sebegini).

“Semoga Allah merahmati anda.

“Saya berharap anda dapat semua perhatian yang anda mahukan. Doakan auntie Norlia Ghani supaya dia dimurahkan rezeki dan panjang umur serta sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih kerana menghargai bakat beliau,” ciap Januar.

Disebabkan isu yang menjadi sohor kini dalam Twitter, netizen mula mengenang drama, iklan dan filem yang pernah dijayakan Norlia.

Norlia atau nama lengkapnya, Norlia Ghani Abdul Hamid, kini sudah berusia emas iaitu 72 tahun. Beliau juga merupakan ibu kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli.

“Norlia Ghani ini pun mak iklan susu pekat dan mak iklan sabun pinggankan?,” ciap seorang netizen terus mengenang nostalgia.

Norlia cukup dikenali rakyat Malaysia sebagai dramatis hebat yang tidak pernah gagal membawakan watak air mata. Antara drama lakonannya yang berbekas dalam ingatan khalayak, termasuklah Quran Bu-ruk, Liang L4had dan Tanah K-bur.

Norlia Ghani teruja berlakon semula

PELAKON veteran, Norlia Ghani, 71, gembira kerana dapat berlakon semula selepas tiga bulan ‘menganggur’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) lalu.

Norlia ketika dihubungi berkata, hari ini dia mula menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Keluarga Pasar arahan Azmi Hatta.

“Alhamdulillah, sudah lama saya tunggu detik untuk kembali berlakon dan kini sudah jadi kenyataan. Perasaan teruja saya sukar digambarkan. Paling bermakna apabila saya dapat bekerja untuk cari rezeki sendiri.

“Ketika PKP, saya jadi hilang punca kerana bergantung sepenuh masa kepada lakonan dan tiada pendapatan lain seperti berniaga atas talian,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi drama ini, Norlia melakonkan watak Nek Kasih, manakala pelakon lain yang terbabit antaranya ialah Watie Elite, Azri Iskandar dan Amyza Adnan.

Pelakon yang dikenali sebagai Joyah menerusi siri Opah ini turut bersyukur menerima bantuan makanan daripada persatuan artis dan pelbagai pihak yang prihatin.

“Saya hargai apa yang diberikan, tapi kita semua tahu duit juga penting untuk pelbagai kegunaan antaranya untuk membayar bil. Mujur sewa rumah ada penangguhan. Saya sentiasa berdoa supaya dibenarkan keluar bekerja kerana sudah biasa bekerja.

“Apa yang berlaku memang perit dan bukan saya seorang sahaja yang melaluinya. Diharapkan wabak seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Norlia sebelum ini pernah menerima bantuan dari Baitulmal tetapi tidak lagi sejak Januari lalu. Dia turut memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan dan menerima berita gembira apabila permohonan untuk jumlah RM800 diluluskan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Persenda Norlia Ghani, ‘Rosmah’ dik3cam teruk. Sekali Anak Saudara Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*