Kanak2 ini merayau seorg diri, sekali polis peronda keluarkan sesuatu dari box motor

Kota Kinabalu: Rakaman video memaparkan dua anggota polis memberi nasihat sebelum menghulurkan wang kepada seorang kanak-kanak mendapat pujian ramai.

Video berdurasi 42 saat yang tular menerusi aplikasi TikTok berkenaan berjaya menarik lebih 4,000 komen, sejak semalam.

Difahamkan, kejadian membabitkan dua anggota Balai Polis Kota Kinabalu itu berlaku pada jam 3.40 petang, di sekitar Jalan Api-Api Centre di pusat bandar ini.

Kedua-dua anggota polis terbabit dikatakan bimbang melihat kehadiran seorang kanak-kanak yang berjalan seorang diri di kawasan berkenaan dan terus memanggilnya untuk bertanyakan keadaan sebenar.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit memberitahu dia ingin berdikari mencari duit untuk membantu keluarganya menjual keropok.

Simpati dengan keadaannya, anggota polis terbabit terus memberikan sedikit sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai kepada kanak-kanak terbabit.

Selain itu, kedua-dua anggota polis terbabit turut menasihatkan kanak-kanak itu supaya berhati-hati dan diminta untuk terus balik ke rumah demi keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua anggota polis dalam rakaman tular berkenaan adalah anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, disamping menjalankan tugas menjaga keselamatan, polis juga mempunyai sifat mulia untuk membantu sesiapa saja selagi termampu.

Rata-rata netizan terharu dengan tindakan anggota terbabit


“Tqvm brother polis… Kerana membantu kpd yg mmerlukan.. Semoga brother polis ni d murah kn rezeki n pjg umo srta sihat walaufiat bsama fmly tcinta…”

Berikut video penuh buat ramai rakyat Malaysia terharu

Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz.

Ini pula adalah antara dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.

sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Kanak2 ini merayau seorg diri, sekali polis peronda keluarkan sesuatu dari box motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*