Pelajar Ini Tular Kerana Tak Mampu Bayar Yuran Pengajian, Ebit Lew Terus Datang Taja RM40,000

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dapat diibaratkan sebagai seorang dermawan yang pantas dalam menyumbang kepada orang ramai yang memerlukan.

Jumlah bantuan yang disumbangkan pula bukanlah sedikit.

Keperibadian beliau ini sangat dikagumi rakyat Malaysia dan dapat menjadi contoh yang sangat baik buat semua.

Terbaharu pada 11 Februari 2021, Ebit Lew telah berkongsi satu hantaran di Facebook miliknya.

Perkongsian tersebut memberitahu tentang bantuan yang beliau salurkan kepada seorang pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya yang tular dengan kisahnya kerana mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pelajaran.

Melalui tulisan pada hantaran itu:-

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.

Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).

Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.

Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer”

Sementara itu, Ebit Lew juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang menyumbangkan bantuan kepada pelajar tersebut, serta turut menghargai pihak media yang melaporkan:-

“Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..”

Mulia sungguh hati Ebit Lew ini.

Kami di Hot FM mendoakan supaya beliau diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menyumbang kepada masyarakat.

Sumber: Facebook Ebit Lew

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Pelajar Ini Tular Kerana Tak Mampu Bayar Yuran Pengajian, Ebit Lew Terus Datang Taja RM40,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*