“Sejak benda itu terjadi, Aidil tak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna”- Rita Rudaini

menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini.

Aidil memuat naik status pembayaran nafkah terhadap dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10. Namun, lebih mengecewakan apabila Aidil terlebih dahulu membuat pengecualian cukai, sedangkan Rita bersusah payah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Rita berkata, dia mengenali bekas suaminya luar dan dalam selepas empat tahun menyulam cinta, sebelum disatukan sebagai suami isteri.

“Saya percaya ia bukan kenyataan Aidil. Ini kerana Aidil bukanlah jenis suka membuat luahan panjang lebar dalam laman sosial. Saya pelik kenapa orang sebelah sana pula mer0yan?

“Kenapa masih berterusan mengganggu hidup dan selalu ‘skodeng’ akaun IG saya? Dia sudah dapat apa yang dimahukan dan suami pun ada depan mata, tetapi kenapa masih nak kacau hidup saya? Mungkin kurang kasih sayang?” persoal Rita.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan ‘ser4ngan’ sebelah sana, Rita turut membongkar semula kisah bekas suami yang didakwa tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat serangan netizen. Mereka menggelar Rita ‘gil4 mer0yan’ dan ‘gil4 t4lak’ kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu.

Rita berkata, dia tidak berniat mengungkit semula kisah cerita lama, tetapi terpaksa berbuat demikian berikutan netizen kerap menuduhnya tanpa usul periksa.

“Mereka minta saya bongkar, jadi saya terpaksa ungkit kisah Aidil tidur di rumah hampir seminggu, sebulan sebelum berumah tangga. Saya selebriti, ramai orang kenal dan saya jenis tidak suka berpura-pura.

“Orang tudvh saya tak beri Aidil jumpa anak. Jika betul, saya takkan izinkan Aidil bermalam di rumah untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Sebenarnya, saya berat hati mengizinkan Aidil tidur di rumah, tetapi mungkin ini sahaja peluang yang ada untuknya menatap anak, jadi saya izinkan. Lagi pun, saya kasihan pada Aidil, setiap hari, jam 6 pagi bergegas pulang ke Kelana Jaya dan datang semula pada sebelah malam,” katanya kepada BH Online.

Rita Rudaini tidak pernah menghalang dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna bertemu bekas suami, tetapi ada penghalang hubungan mereka. – Foto IG Rita Rudaini

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gil4 dan Rahsia Hati itu berkata, anak keduanya baru pandai berjalan dan bercakap ketika itu.

“Waktu diperkenalkan kepada Aidil, Arjuna terpinga-pinga. Saya suruh Arjuna panggil Aidil dengan panggilan ‘daddy’. Arjuna terlalu kecil, jadi sukar untuk dijelaskan maksud ‘daddy’. Tetapi, dia ikut sahaja permintaan saya.

“Namun, apa yang sedihnya, melihat Aidil sudah tiada apabila bangun pagi, Arjuna bertanya kenapa daddy meningg4lkannya. Memang sebak kerana anak kecil sepertinya tak faham erti perpisahan. Itulah kali terakhir Arjuna bertemu Aidil,” katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia tidak pernah menghalang Aidil bertemu anak kerana tahu, bekas suaminya mempunyai hak ke atas darah dagingnya. Malah, dia juga tidak mampu menidakkan, Aidil menyayangi Ryan dan Arjuna, tetapi ada penghalang hubungan mereka.

“Saya tahu Aidil sayangkan anaknya. Boleh dikatakan setiap hari Aidil membuat panggilan video mahu bercakap dengan mereka selepas ins1den tidur di rumah.

“Aidil pernah beritahu, mungkin peluang berjumpa anak agak sukar selepas berkahwin, tetapi saya tidak mahu menekannya, hanya pesan cubalah cari ruang.

“Ketika baru berkahwin, Aidil tak lupa menghubungi anak-anak, malah bercakap berjam-jam. Jika kerja di luar daerah, Aidil tetap ingat anak hinggalah bulan ketiga selepas berkahwin. Aidil pernah ‘kantoi’ dengan isteri barunya ketika sedang membuat panggilan video bersama anak.

“Sejak ‘amukan’ berlaku, Aidil sudah tidak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna,” kata Rita.

Rita berkata, ada sesekali bekas suami menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza.

“Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya,” katanya yang tidak pernah terhegeh-hegeh mahu menagih kasih Aidil semula.

‘Tanggungjawab pada anak bukan setakat bagi duit’

“Jangan dicuit sarang tebuan!,” demikian kata pelakon, Rita Rudaini ketika diminta mengulas mengenai beberapa kenyataannya di Instagram Story yang dituju kepada bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan, sejak semalam.

Rita ketika dihubungi berkata, dia juga tidak tahu apa punca yang menyebabkan Aidil secara tiba-tiba menaikkan isu nafkah untuk anak-anak berkenaan.

“Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia nak keluarkan kenyataan begitu, semalam. Kalau disebabkan komen-komen netizen di Instagram saya, maknanya selama ini dia membaca komen di Instagram saya lah kan?

“Bila dia cuit, saya takkan berdiam diri. Selama ini, tak pernah pula saya kata dia gagal atau tak bagi nafkah anak-anak, cuma jumlah nafkah itu masih sama dengan seperti 2013 iaitu RM3,000 untuk dua anak.

“Dia asyik bangga dengan nafkah yang dibayar. Sekarang dah tahun berapa? Jadi, bila dia cakap banyak begitu, saya nak perbetulkan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia sendiri tak pernah meminta jumlah itu dinaikkan dan tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil sekeluarga.

“Kenapa dia cerita yang saya tak pernah lawan balik untuk minta naikkan nafkah? Saya tak pernah minta, sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Saya cari duit sendiri.

“Nak sekolahkan anak di sekolah swasta atau kerajaan, duit baju raya, bahkan ucapan hari raya pun dia tak pernah bagi, tapi saya tak bising pun.

“Waktu dia bercuti dengan percutian mewah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya dan anak-anak relaks sahaja sebab itu hal dia.

“Tapi, bila dia sentuh perkara ini, saya pun bawa keluar segala ‘point’,” katanya.

Ditanya mengenai wang tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disebut Rita dalam Instagram Story, dia menjelaskan bahawa dia pun tak mahu berkira mengenai perkara itu.

“Saya dapat tahu pada empat tahun lalu bahawa dia buat tuntutan untuk potongan cukai melalui bayaran nafkah. Saya pun tak mahu berkira sangat, tapi nanti pandai-pandailah menjawab di akhirat.

“Tapi, jangan ingat saya tak bising dan tak berkira, dia boleh buat sesuka hati. Duit nafkah bulan Disember 2019 pun dia langkau.

“Bila peguam saya tanyakan kepada pihaknya, dia cakap dah bayar. Jadi, saya cakap, kalau betul dah bayar, tunjuklah bukti bayaran kerana dalam rekod saya tak ada bukti bayaran,” katanya.

Rita juga menegaskan bahawa Aidil boleh sahaja menghubunginya secara peribadi kalau ada sebarang masalah.

“Bila saya cakap, orang kata saya jahat mencanang hal rumah tangga. Dia boleh sahaja hubungi saya sebab nombor telefon saya tak pernah bertukar pun sejak zaman bercinta dengan dia sampailah sekarang. Bahkan, nombor itu pun dia yang pilih.

“Rumah pun saya masih lagi tinggal di rumah sama. Bukan apa, manalah tahu kalau nanti dia dah berumur, sakit atau teringat anak-anak, boleh datang. Masa tengah sihat macam sekarang, mungkin tak rasa lagi.

“Lagi satu, kalau tak mahu cerita rumah tangga diperdebatkan, tak payah tulis apa-apa di Instagram. Lain kali, jangan buat akaun Instagram palsu semata-mata nak ambil tahu dan baca komen sebab nanti, benda itu memakan diri,” katanya.

Tegas Rita lagi, tanggungjawab bukanlah berasaskan wang ringgit semata-mata.

“Tanggungjawab bukan sekadar duit sebab ada banyak jenis tanggungjawab lagi. Tak mahu bagi atau tak mahu ambil peduli, tak mengapa. Tapi, jangan cuit.

“Sewaktu anak dibuli, tak muncul pula. Sewaktu anak berdepan fitnah dan dituduh anak luar nikah, tak muncul juga. Tiba-tiba, bila masuk isu duit, baru bersuara?” katanya.

Semalam, Aidil menerusi Instagramnya membuat penjelasan mengenai nafkah anak dan juga isu berkaitan LHDN.

“Ingin saya nyatakan yang selama ini saya sudah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal (seperti mana) yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

“Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah pun diterima pada setiap bulan.

“Sebagai rakyat Malaysia saya tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab saya untuk membayar cukai setiap tahun.

“Oleh itu, saya berhak untuk menyatakan setiap tanggungan saya kepada pihak LHDN. Ini termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak,” tulisnya.

Tambahnya, dia tidak mahu menghebahkan perkara ini di media sosial kerana tidak mahu berlaku kesan buruk kepada anak-anaknya yang semakin membesar.

“Selebihnya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang bapa, biarlah urusan ini antara saya dan pihak sana yg tahu.

“Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Anda semua maklum yang selama ini saya banyak berdiam diri daripada mengeluarkan seberang kenyataan dan tuduhan terhadap saya.

“Bukan takut, tapi saya tidak suka bercerita kerana saya tahu akan impak media sosial pada masa akan datang untuk anak-anak yang sedang membesar,” tulisnya.

Sumber : bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://kisahbena.com/

Be the first to comment on "“Sejak benda itu terjadi, Aidil tak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna”- Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*