“Tak Kerja, Tak Ada Gaji” – Fauziah Nawi Ke Istana Negara Suarakan Keperitan Anak Seni Harungi PKP

Kita akui ramai golongan yang terkesan apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula. Ada yang hampir hilang punca pendapatan. Selain peniaga, golongan artis juga mula menyuarakan kerisauan mereka kepada kerajaan tentang keadaan yang semakin parah buat mereka ini. Walaupun ada bantuan yang diberikan, mungkin ianya tidak bertahan lama.

Baru-baru ini, pelakon veteran, Fauziah Nawi berkongsi di laman Facebook miliknya tentang perjumpaan dia bersama rakan-rakan industri seni dengan pihak Istana Negara. Semasa perjumpaan itu, Fauziah Nawi berpeluang berkongsi masalah dan keperitan dihadapi serta keadaan sebenar yang diharungi oleh anak-anak seni. 

Menurut seniwati itu, beliau dan beberapa rakan seperjuangan bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan baginda. Memang sungguh tak disangka permintaannya untuk ke Istana Negara berkongsi masalah yang dihadapi tetap mendapat izin Yang di-Pertuan Agong.

Semasa perjumpaan tersebut, Fauziah menyatakan beberapa cadangan dan pandangan agar anak seni, tidak kira cadang seni yang diceburi, untuk diberikan kelonggaran SOP. Ini semua adalah untuk mereka tetap boleh meneruskan kelangsungan hidup mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga mereka. 

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COV1D-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi yang melanda ramai anak Malaysia,” tulis Fauziah dalam status di laman Facebook peribadinya.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berwajib dan semua persatuan dalam industri seni atas usaha baik dalam menangani masalah yang dihadapi. Selain itu, beliau berharap kerisauan anak-anak seni ini mendapat perhatian Seri Paduka Baginda.

Sumber daripada: Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment on "“Tak Kerja, Tak Ada Gaji” – Fauziah Nawi Ke Istana Negara Suarakan Keperitan Anak Seni Harungi PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*