Wrga Asing Akn Dapat Vaks1n COV1T Secara Percuma. Kerajaan Jelaskn Sbb Kenapa Langkah Itu Diambil

Terkini, kerajaan bersetuju memperluas pemberian vaks1n secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia.

Difahamkan mereka merangkumi diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan dan anak, pekerja asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) serta warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

Ia diumumkan melalui satu kenyataan media bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaks1n COV1D-l9 (JKJAV) Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin selepas Mesyuarat Kabinet bagi Program Imunisasi COV1D-l9 Kebangsaan, semalam.

” Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam bersetuju supaya Program Imunisasi COV1D-l9 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini turut membabitkan pemberian vaks1n secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

” Ini membabitkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia,” kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, selari dengan tema Program Imunisasi COV1D-l9 Kebangsaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’, pemberian vaksin secara percuma kepada golongan itu adalah selepas mengambil kira beberapa faktor.

” Antara faktor berkenaan adalah persekitaran selamat serta bebas COV1D-l9 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaks1n.

” Selain itu, dalam tempoh pndemik, pemberian vaks1n adalah langkah berperikemanusiaan serta rekod jumlah pesak1t yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing terutama sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan,” katanya.

Menurutnya, selain itu faktor kos rawatan dan kuarantin pesak1t COV1D-l9 yang tinggi akibat daripada jangkitan kluster pekerja asing dan mereka juga sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara turut diambil kira.

” Malah, mesyuarat kabinet juga mengambil kira layanan sebahagian negara luar yang turut memberikan vaks1n kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.

” Keputusan ini memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi COV1D-l9 Kebangsaan.

” Bagaimanapun, keutamaan pemberian vaksin COV1D-l9 tetap diberikan kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak,” katanya.

Katanya, keputusan pemberian vaksin secara percuma itu juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COV1D-l9 yang diperolehi Malaysia mencukupi serta melebihi jumlah rakyat Malaysia yang layak menerimanya.

” Ini juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pndemik COV1D-l9,” katanya.

Sementara itu, Khairy melalui ciapan di Twitter memaklumkan, JKJAV akan berbincang secara lanjut kaedah pemberian vaks1n secara menyeluruh kepada semua warga asing di Malaysia melalui kerajaan negeri, kedutaan asing serta agensi badan bukan kerajaan (NGO).

Sumber:hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Wrga Asing Akn Dapat Vaks1n COV1T Secara Percuma. Kerajaan Jelaskn Sbb Kenapa Langkah Itu Diambil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*