“Ner4ka Tu P4nas, Bukan Aircond Full Blast,” Babak Ita ‘Sekolahkan’ Che Salmah Buat Ramai Berdekah

Sudah hampir sampai ke penghujung, drama Takdir Yang Tertulis masih lagi hangat menjadi bualan ramai.

Lebih-lebih lagi episod 13 yang menayangkan watak Ita (Iman Suhana) menasihati ibunya Che Salmah (Didie Alias) tentang hukum menzal1mi orang lain.

Namun, ramai yang tertanya-tanya siapakah Iman Suhana? Pelakon baru yang berjaya menarik perhatian ramai.

Iman Suhana atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid adalah seorang graduan kelulusan Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Wanita yang berusia 31 tahun itu juga pernah membawa watak yang sama menerusi drama Monalisa yang pernah disiarkan menerusi saluran TV3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)

Pelakon kelahiran Taiping, Perak itu sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan iaitu Muhammad Shazwan Ibrahim.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Mengakui bahawa ramai sudah ‘buka mata’ dan memberikan komen positif terhadap watak Ruzita, Iman turut berkata dia kini sudah pun memperoleh nama gelaran seperti ‘Ita Ting Tong’ dan ‘Ita Milo Tabur’.

KOMEN NETIZEN:

Drama yang masih lagi berbaki 2 episod itu bakal melabuhkan tirainya pada 16 Februari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber:Hotfm

Be the first to comment on "“Ner4ka Tu P4nas, Bukan Aircond Full Blast,” Babak Ita ‘Sekolahkan’ Che Salmah Buat Ramai Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*