“Cantik Benar Wife Bertudung,” – Isteri Tampil Berhijab, Instagram Nabil Ahmad & Zira Dihujani Doa Positif, Ramai Yang Suka

 

Penampilan isteri kepada hos dan pelawak, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila dilihat tampil mengenakan hijab kebelakangan ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 32, ada memuat naik beberapa foto serta video terkininya dengan menggayakan tudung secara sopan menerusi akaun kendalian dia dan suami, @nabilzira.

Satu video TikTok yang dirakamkan bersama anak sulungnya, Naira Mikayla yang dikongsi di Instagram turut menarik perhatian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Sekali sekala, advance Mika! Dia tahu apa yang tengah in,” tulis Zira.

Menerusi perkongsian itu, Zira kelihatan ayu mengenakan tudung selendang putih sambil membuat mimik muka comel bersama anaknya.

Sementara menerusi satu foto lain yang dirakam bersama suami pula, rata-ratanya menyambut baik imej Zira dan ramai yang memuji akan penampilannya yang sedemikian.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan bahagia harmoni bersama tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Foto: Instagram Nabil Zira

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Cantik Benar Wife Bertudung,” – Isteri Tampil Berhijab, Instagram Nabil Ahmad & Zira Dihujani Doa Positif, Ramai Yang Suka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*