Disangka Dah Nak Kahwini Kamal Adli, Uqasha Senrose Berbusana Pengantin, Rupa2nya..,

Hubungan cinta antara pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli bukanlah satu rahsia lagi apabila dilamar secara terang-terangan oleh jejaka aktor tersebut sewaktu Anugerah MeleTOP Era tahun lalu.

Baru-baru ini, Uqasha berkongsi beberapa keping gambar dirinya mengenakan persalinan pengantin berwarna putih lengkap dengan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta di laman sosial Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji kecantikan aktres berusia 29 tahun itu. Malah, ada juga meneka bahawa koleksi gambar dikongsi itu adalah gambar ‘pre-wedding’ mereka berdua.

Perkara itu sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan peminat, adakah mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini?

Memetik laporan Harian Metro, menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, dia dipilih menjadi ‘muse’ bagi menggayakan koleksi pengantin rekaan salah seorang pereka fesyen terkenal.

“Saya berasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah daripada Shanell Harun.
“Sejujurnya, saya selesa dengan potongan semua koleksi dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut menjelaskan dia akan memilih persalinan yang selesa dan serba sempurna pada hari bahagianya nanti.

Baginya, dia percaya setiap bakal pengantin pasti mahukan busana yang terbaik di hari bahagia kelak.

Jadi, terjawablah sudah segala persoalan peminat. Rupa-rupanya, posting tersebut hanyalah sebagai ‘marketing’ semata-mata. Apa pun, jom doakan agar urusan bakal mempelai itu dipermudahkan nanti. Amin!

Sumber : OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://www.mediakita.dnq.news/

Be the first to comment on "Disangka Dah Nak Kahwini Kamal Adli, Uqasha Senrose Berbusana Pengantin, Rupa2nya..,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*