Jurunikah Tidak Sah, 100 Pasangan Bernikah Sejak Sebulan Lalu Dipanggil JAIS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menganggarkan kira-kira 70 peratus pernikahan menggunakan khidmat sindiket atau nikah ekspres tidak sah syariah. Namun paling banyak adalah kesalahan berkaitan wali.

Penggunaan wali hakim

Menurut Pengarah Bahagian Penyelarasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Mohd Kori Jusoh, berkata pasangan terlepas pandang dengan beranggapan pernikahan luar kawasan melebihi dua marhalah, dibolehkan menggunakan wali hakim.

Beliau berkata, tanpa disedari wali sah seperti bapa, saudara lelaki (adik-beradik seibu sebapa atau sebapa), datuk (bapa ayah) dan bapa saudara (adik-beradik sebelah bapa) masih hidup.

Semua kategori wali ini katanya, perlu dicari sehingga dapat, bukannya mengambil jalan mudah menggunakan wali hakim.

Juru nikah tidak bertauliah

Namun apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah mengenai pernikahan menggunakan jurunikah tanpa tauliah yang dibongkar Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais baru-baru ini.

Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar denda, jika tidak sah, perkahwinan itu terbatal.“- Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Shahzihan Ahmad.

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu sias4tan berkaitan perkara itu.

Kita perlvk4n mereka tampil. Kita perlu siasat dengan teliti kerana ia membabitkan hukvm, bukan boleh main-main.

Untuk pengetahuan, lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah itu mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan ia bergantung kepada penyediaan dokumen. Malah lelaki berkenaan yang turut melakukan kegiatan itu bersama isteri dan anaknya.

Sumber : BawangRangers

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : news media online

Be the first to comment on "Jurunikah Tidak Sah, 100 Pasangan Bernikah Sejak Sebulan Lalu Dipanggil JAIS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*