“Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit!” Rupanya Ada Benda Ni Dalam Hidung!

Orang kata anak kedua perangainya lain macam sikit atau dalam bahasa lain panjang akalnya. Satu perkongsian daripada seorang selebriti, Hanis Zalikha tentang anak keduanya telah mendapat perhatian netizen apabila anaknya bernama Alisa Aisyah memasukkan bendasing ke dalam hidungnya.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu menunjukkan suaminya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Hairul Azreen telah memasukkan satu alat yang dilihat seperti kamera kecil ke dalam hidung anaknya. Tindakan tersebut dilakukan selepas anaknya, Alisa mengadu hidungnya sakit.

Putik bunga dalam hidung anak Hanis Zalikha

Difahamkan kejadian tersebut telah berlaku beberapa hari lalu dan ia bermula selepas insiden Hanis dan anaknya membuka sebuah bungkusan hamper yang penuh dengan putik-putik bunga kecil. Apabila anaknya mengadu sakit di bahagian hidung, Hanis terus terpadang deraian putik bunga tersebut di atas lantai sebelum bertanya anaknya adakah benda itu yang ada di dalam hidung anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Tambah Hanis, pada mulanya dia hanya memeriksa hidung anaknya itu dengan mata kasar sahaja sebelum suaminya mengeluarkan satu alat seperti kamera kecil untuk melihat apa yang tersangkut di dalam hidung anaknya itu. Selepas jelas melihat ada putik bunga di dalam hidungnya, Hanis terus bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mengeluarkan putik bunga tersebut.

Warganet di ruangan komen juga berkongsi kisah anak-anak mereka yang pernah memasukkan bendasing ke dalam hidung dan rata-ratanya adalah anak kedua. Ada juga warganet meluahkan rasa risau jika ia terjadi kepada anak sendiri dan menyatakan diri akan panik jika berada ditempat Hanis. Namun, dalam video tersebut jelas menunjukkan Hanis kelihatan tenang dan tidak kelam kabut menguruskan ‘projek kecil’ anaknya itu.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment on "“Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit!” Rupanya Ada Benda Ni Dalam Hidung!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*