[Video] Time dah gerak, Saya pusing belakang, Nampak mak tadah tangan berdoa mungkin

Hargailah ibu bapa, sementara mereka masih ada. Jangan dibiarkan mereka kesepian meniti hari tua tanpa kasih sayang dah belaian dari anak cucu mereka. Bukan wang ringgit mereka harapkan dari seorang anak, cukuplah hargai dan cintai mereka, seperti mana mereka mencintai kalian masa kalian masih kecil.

Tersentuh dengan perkongsian pemilik akaun TikTok Athirah Zahari yang memaparkan sebuah video sepasang suami isteri warga emas yang berjalan kaki untuk pulang ke rumah sambil memikul barangan dengan kayu. Beliau yang tidak sanggup untuk membiarkan pasangan itu berjalan kaki, telah menawarkan pertolongan untuk menghantar mereka berdua pulang ke rumah.

Video:

@athirahzaharii

Hargai laa saat kau masih ada waktu 😭 #makayah

♬ rindu setengah mati by äd – äd

Kelihatan raut wajah yang sudah dimamah usia itu begitu terharu lantas lalu terus bersetuju untuk menumpang kereta beliau. Setibanya dirumah pasangan yang disapa mak dan ayah ternyata begitu keberatan untuk melepaskan beliau balik sambil beberapa kali berpesan supaya kembali menjenguknya. Katanya, mereka sunyi. Kelihatan wanita yang dipanggil mak itu diam-diam mengankat tangan seperti berdoa sesuatu. Video yang berdurasi 1 minit itu ternyata membuatkan airmata netizen mengalir tanpa sedar.

Komen Netizen:

Allahu sebaknya

Perkongsian yang mendapat lebih 242 ribu tontonan itu ternyata membuatkan rata-rata menginsafi betapa besarnya tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan anak-anak yang tegar membiarkan ibu bapa keseorangan di kampung halaman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok Athirahzaharii

Be the first to comment on "[Video] Time dah gerak, Saya pusing belakang, Nampak mak tadah tangan berdoa mungkin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*