Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar, ini yg berlaku bila disiasat secara dalaman

STESEN radio Hot FM mengumumkan bahawa kontrak perkhidmatan penyampai Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk Sahar ditamatkan pada Khamis.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas selesai s1iasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Shuk didapati langgar kontrak perjanjian.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM dig4ntung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan s1iasatan dalaman yang terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH.

 

Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH

ANIDA MOHD TAHRIM

Pengurus Besar Audiens dan Pemasaran Ripple

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengvnduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan.

GPH kini dikendalikan oleh Fizie dan penyampai baharu, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.

“Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar, ini yg berlaku bila disiasat secara dalaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*