Radin kongsi berita dvka, ibu tercinta men1nggal dunia – “Damailah mama di syurga”

PENYAMPAI radio Era FM iaitu Radin berkongsi berita sedih pem3rgian ibu tercinta, Feridah Hashim pada pagi Khamis.

Menerusi Instagram, Radin atau nama sebenar Radin Amir Effendi memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arw4h ibunya yang men1nggal dunia pada usia 66 tahun.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahy4rham Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.25 pagi tadi.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahy4rhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman… amin!” tulisnya.

Perkongsian Radin di Instagram.

Menerusi laporan akhbar pada Februari tahun lalu, Radin berkata ibunya yang menetap di Ipoh, Perak itu sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair sehingga terpaksa bergantung bantuan oksigen.

“Kondisi kesihatan ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Ibu rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.

Radin selalu menziarahi ibunya di Ipoh, Perak.

“Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arw4h bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh, Perak sejak bekerja.

“Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah saya bimbang keadaan ibu,” katanya yang memaklumkan keadaan kesihatan ibu membuatkan dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

Untuk rekod, Radin yang juga merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu telah kehilangan bapanya pada tahun 2010.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Radin kongsi berita dvka, ibu tercinta men1nggal dunia – “Damailah mama di syurga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*