Segala benda tak ada yg kebetulan, Tak sengaja dan sengaja, Itu semua Allah dah aturkan

Ibu Bapa merupakan insan yang paling istimewa dalam hidup kita… Bersyukurlah jika kita masih mempunyai ibu dan bapa untuk berkhidmat kerana jika tiada ibu mahupun bapa kita,tiada wujud kita di dunia ini…

Baru2 ini, viral mengenai satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Sosial Tik Tok yang dikenali sebagai athirahzahari, beliau merupakan seorang gadis biasa tetapi mempunyai hati yang baik hati. Video viral tersebut mengenai kisah yang dikongsikan saudari athirah mengenai sepasang suami isteri yang sudah agak berusia yang berjalan ditepi jalan raya dengan hanya berjalan kaki.

Pasangan tersebut yang digelar oleh saudari athirah itu dengan panggilan ibu dan ayah dikhabarkan hidup bersendirian sahaja di rumah yang sudah usang… tidak diketahui samada pasangan tersebut mempunyai anak atau pun cucu. Melalui perkongsian tersebut, athirah dilihat telah kembali ke rumah tersebut selepas kali terakhir berjumpa dengan mesra yang disapa sebagai mak dan ayah itu.

Video:

@athirahzaharii

Reply to @nwgjinx 17/2 ; Segala benda tak ada yg kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan 🖤

♬ original sound – athirahzahari

Mereka gembira apabila melihat saudari athirah telah kembali dan melawat mereka kerana terakhir kali, apabila saudari athirah telah menghantar pasangan tersebut ke rumah mereka, athirah telah berjanji untuk kembali. Raut wajah mereka dilihat sangat gembira dan tidak menduga tetapi sangat bersyukur dengan kedatangan saudari athirah kembali ke rumah mereka.

Komen Netizen:

Semoga saudari athirah dipermudahkan semua urusan kerana budi baiknya yang menolong dan menggembirakan hati mak dan ayah nya itu. Sesungguhnya apabila kita menggembirakan hati orang lain, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berlipat ganda untuk kita. Inshaa Allah…

Artikel Berkaitan:

[Video] Time dah gerak, Saya pusing belakang, Nampak mak tadah tangan berdoa mungkin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok Athirahzaharii

Be the first to comment on "Segala benda tak ada yg kebetulan, Tak sengaja dan sengaja, Itu semua Allah dah aturkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*