Tempah Gigi Crown Emax Baharu, Permaisuri Agong Terkejut Melihat Bil Bayaran Yang Diterima

Baru-baru ini Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsikan satu foto di laman Instagram baginda, menunjukkan gigi crown baharunya yang baginda tempah di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Namun apa yang menjadi perhatian warganet dan pengikutnya adalah, apabila baginda terperanjat dengan bil bayaran yang diterimanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)

Menulis di ruangan kapsyen :

“pergi pasang crown saya di #hospitaltuankumizan … terima kasih kepada Dr Awie @ttdentallaboratory …. terperanjat saya terima bill !!! love my new Crown 👸🏻… cantek sangat dan tidak perlu adjust pun …. selesa sangat !!! 👍🏻👍🏻👍🏻”

Baginda meluahkan rasa gembira dengan gigi crown baharunya itu sambil memuji servis doktor di hospital berkenaan.

Melihat kepada bil yang diterima oleh baginda, rupa-rupanya hospital tersebut tidak mengambil apa-apa bayaran, siap tulis nota “WE LOVE YOU” di ruangan bil berkenaan.

Alahai sweet nya mereka ini!

Meninjau di ruangan komen, laman Instagram Baginda dibanjiri dengan komen-komen positif, malah ada yang mengatakan bahawa hospital berkenaan sangat bertuah kerana dapat customer special seperti baginda!

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Tempah Gigi Crown Emax Baharu, Permaisuri Agong Terkejut Melihat Bil Bayaran Yang Diterima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*