Budak Selamba Tanya Ibu Suruh Bapa Kahwin Lagi, “Dik Jangan Cari Pasal…”

Ragam dan karenah anak-anak kadang-kadang sukar diramal. Boleh dikatakan anak-anak zaman sekarang ini memang memiliki akal luar biasa bijaknya. Boleh dilihat di sosial media pelbagai karenah kanak-kanak dikongsikan yang kadang kala cukup kelakar dan menghiburkan.

Malah baru-baru ini satu video seorang kanak-kanak yang dikongsikan di Tiktok telah mencvri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman itu budak lelaki itu dengan selamba bertanyakan kepada ibunya tentang suruh bapa kahwin lagi.

Dalam rakaman itu, kedengaran budak tersebut bertanyakan tentang perkahwinan yang diberitahu oleh ustaz di sekolah. Soalannya berbunyi begini, “mama betul ke adik dengar ustaz kata kawin ni benda halal dan bagus?”. Ibunya menjawab dengan setuju kata ustaz anaknya itu.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ayat yang terus keluar dari mulut budak lelaki ini.”Kalau macam tu kenapa mama tak suruh papa kahwin lagi? Kan halal tu?”. Memang terkedu terus si ibu mendengarkan kata-kata anaknya itu.

Berikut adalah video budak selamba tanya ibu suruh bapa kahwin lain yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok Yatie_Herman:

Perkongsian rakaman budak selamba tanya ibu suruh bapa kahwin lain ini telah meraih lebih 89 ribu likes dan 2 ribu komen warganet. Berikut antara reaksi ramai mengenai telatah kanak-kanak ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Kan halal tuuu’ ahahaha adik2”

Budak Selamba Tanya Ibu 3

 

“Balik nanti habis la papa kau nak…Dapat anak bijak macam kau nak”

Budak Selamba Tanya Ibu 2

 

“Ada juga kena sepak keluar kereta”

 

Budak Selamba Tanya Ibu 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Budak Selamba Tanya Ibu Suruh Bapa Kahwin Lagi, “Dik Jangan Cari Pasal…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*