Mengenang setahun pem3rgian Ashraf Sinclair

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL mengambil kesempatan menziarahi pusara suaminya, Allahy4rham Ashraf Sinclair yang genap setahun men1nggal dunia semalam.

Dalam kunjungan bersama anaknya Noah, BCL menitipkan catatan ringkas istimewa buat Ashraf.

“Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

“Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagia di sana. Kami sangat merinduimu,” tulisnya.

Ia sekaligus membuktikan kedua beranak itu sudah dapat menerima kenyataan kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Dalam masa sama, mereka sudah reda menerima ketentuan Tuhan seperti diucapkan oleh BCL menerusi temubual The Untold Story about Love Story di Instagramnya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Perkongsian di Instagram itu menyentuh perasaan peminat yang sentiasa menyuntik semangat kepadanya.

Kebanyakan mereka meminta agar Bunga dan Noah kekal tabah menempuhi dugaan dalam hidup.

Tidak ketinggalan ada juga yang mendoakan agar Allahy4rham Ashraf ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Ashraf yang berasal dari Malaysia men1nggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari 2020 dipercayai akib4t ser4ngan j4ntung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Jen4zahnya disemadikan di Tanah Perkvburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Sejak pem3rgian suaminya, BCL pernah berkata, tidak pernah satu hari pun dirinya tidak merindui Ashraf. Dia juga sentiasa menziarahi pusara suaminya bagi mengubati kerinduan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Be the first to comment on "Mengenang setahun pem3rgian Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*