Pengorbanan budak 10 tahun, sanggup kutip sampah lepas balik sekolah demi sara keluarga

KISAH seorang budak lelaki berusia 10 tahun di India yang bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara keluarga ternyata menyentuh hati ramai.

Hampir setiap hari, Imradul Ali bergegas pulang dari sekolah, menukar pakaian dan terus melakukan kerja itu.

Sambil membawa sebuah bag, dia kelihatan tekun mengutip sampah demi mencari sedikit wang untuk menampung belanja keluarganya.

Apa sahaja yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, botol kaca dan sebagainya akan dijual kanak-kanak itu.

Selain Ali, ibu bapa serta abangnya turut melakukan pekerjaan serupa.

Kata Ali, dia mula bekerja sekitar setahun yang lalu bagi menambah lagi pendapatan keluarganya.

Malah, tahun 2020 menjadi tahun yang mencabar buat dia sekeluarga apabila mereka terjejas tervk gara-gara kehadiran pandemik Cov1d-19. – India Times.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Pengorbanan budak 10 tahun, sanggup kutip sampah lepas balik sekolah demi sara keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*