“Seronok Dapat Join Sama-Sama Buat Persiapan Ringkas Tapi Bermakna,” – Alyah Tumpang Gembira, Ramli MS Selamat Terima Menantu

 

Tahniah diucapkan buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang telah pun selamat menerima menantu.

Majlis serba ringkas tersebut telah pun berlangsung hari ini dikediamannya.

Berkongsi momen indah, isteri Datin Alyah ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis anak tirinya, Nadiah Ramli bersama pasangannya yang dikenali sebagai Taufik.

Sambil menzahirkan rasa teruja kerana majlis berjalan sempurna, penyanyi Meluruh ini turut merakamkan ucapan terima kasih buat ibu Nadiah, Jennifer Thompson

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“TAHNIAH @nadiahramli dan taufik. Semoga rumahtangga yg dibina berbahagia hingga syurga Allah swt. TQ so much @jennthompson2811.

“Seronok Sbb dapat join sama2 buat persiapan yg ringkas tapi bermakna. Tahniah juga sbb dapat menantu.

“Alhamdulillah. Buat @najeeramli juga tahniah Dapat adik ipar. Lepas ni tggu najie plak.

“Terima kasih @tokram_ramlims Utk pengalaman yg cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you ALLAH,” tulisnya menerusi hantaran fotonya sekeluarga di Instagram.

 

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat pasangan serta tumpang gembira terhadap berita yang dikongsikan.

Foto: Instgaram Alyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Seronok Dapat Join Sama-Sama Buat Persiapan Ringkas Tapi Bermakna,” – Alyah Tumpang Gembira, Ramli MS Selamat Terima Menantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*