9 Bulan Tiada Job. Bisnes Pula Kini Nyawa-Nyawa Ikan – Adam Corrie

Adam Corrie masih ternanti-nanti tawaran beraksi dalam mana-mana produksi drama mahupun telefilem.

Bulan berganti bulan, sehinggalah pandemik COV1D-19 ‘menyerang’ lalu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakib4tkan industri penerbitan ‘lvmpuh’, Adam terus menganggur sejak sembilan bulan lalu.

Sepanjang tempoh itu, Adam atau nama sebenar, Adam Corrie Lee Abdullah, 52, buntu mencari punca mengapa dirinya seolah-olah ‘dipul4ukan’ pengarah dan penerbit.

Puas menelah, Adam akhirnya sedar, syarat di mana dia seboleh-bolehnya enggan menghidupkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita, menjadi punca dirinya tidak lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah.

Enggan sentuh pelakon wanita

” Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon… Ini membuktikan berapa lama saya tidak berlakon.

” Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.

” Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (kerenah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan.

” Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) ini terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon waniat dianggap suatu kesalahan besar.

” Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.

Adam memberi contoh di mana dia pernah berlaku di bawah pengarah Eyra Rahman.

” Eyra mengubahsuai adegan tanpa perlu bersentuhan. Biarpun saya perlu menghidupkan watak suami dan isteri bersama Vicha, kami hanya tonjolkan melalui dialog.

” Itu sudah membuatkan penonton faham. Ini adalah bukti pengarah yang baik,” katanya.

Adam juga memberi contoh pengalaman bekerjasama dengan pengarah filem AADD, Rahila Ali.

” Walaupun saya menjayakan watak suami kepada Fasha Sandha, kami tidak perlu bersentuhan untuk menghidupkan karakter. Alhamdullillah, Fasha juga faham,” katanya.

Adam berharap lakonannya dalam AADD yang mula ditayangkan di Astro First pada 4 Jun lalu, dapat membuka mata peminat terhadap kemampuannya.

” Saya berharap orang ramai menyokong lakonan saya dalam AADD. Biarpun adegan saya tidak banyak, saya seronok berganding dengan Fasha buat kali pertama dalam filem.

” Saya berharap dapat bekerjasama lagi dengan Fasha, Rahila dan produksi Pencil Pictures,” katanya.

Adam berkata, biarpun tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah atas syarat diberi, dia enggan berputus asa dan mahu kekal dalam industi seni.

” Saya pula tiada penerbit ‘favourite’, jadi beginilah nasib. Tidak mengapa, biarlah orang sekat rezeki saya, jawablah di kubur nanti,” katanya.

Bisnes ‘nyawa-nyawa ikan’

Berkongsi mengenai perniagaan Mr & Mrs Adam Corrie yang diusahakan, Adam mengaku sambutan kurang memberangsangkan.

” Perniagaan saya sedang ‘nyawa-nyawa ikan’. Biarpun butik di Busana Menara MARA di Kuala Lumpur sudah dibuka, pelanggan tidak berani masuk. Apatah lagi perlu beratur, jadi mereka agak keberatan,” katanya.

Namun, katanya, pelanggan tetap berkunjung, tetapi, tiada pembeli baharu.

” Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Saya sudah buat promosi termasuk melalui kawan-kawan.

” Saya masih ada 2,500 stok pakaian yang belum terjual,” katanya.

Namun, Adam tidak menyalahkan situasi dihadapi sekarang dengan penularan COV1D-19. Menurut bapa kepada Adam Fateh ini, dia perlu menerima ujian dengan tabah.

” Saya mengadu dengan Allah… Solat tahajud dan mengadu dengan Allah. Iyalah, semua ini, Allah yang bagi.

” Kalau kita tidak menjaga hubungan dengan Allah, bagaimana Allah hendak menjaga kita,” katanya.

Adam berkata, dia sering berdoa pada waktu mustajab iaitu pada jam 3.30 pagi di mana Allah turun mendengar luahan hambaNya.

” Saya tidak mengadu dengan orang lain. Ada yang bertanya, saya cakap. Jika tidak, saya tidak akan bercerita termasuk di laman sosial,” katanya.

Bagaimanapun, Adam bersyukur, biarpun tiada tawaran lakonan, dia mempunyai rezeki lain seperti makanan dan kesihatan yang baik.

” Walaupun tiada ‘job’, Alhamdulillah, saya cukup makan, badan sihat serta isteri dan anak saya juga sihat.

” Alhamdulillah, semalam (kelmarin), saya dapat panggilan menawarkan saya menjayakan dokumentari terbitan RTM… Saya bersyukur,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "9 Bulan Tiada Job. Bisnes Pula Kini Nyawa-Nyawa Ikan – Adam Corrie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*