Abang FoodPanda Terima RM1000, Pelanggan Minta Doakan Dirinya Dapat Zuriat

Orang selalu kata rezeki tidak pernah salah alamat dan rezeki ada di mana-mana. Berkongsi rezeki tidak buatkan seseorang itu jadi miskin malah ia mungkin boleh dijadikan satu punca rezeki lain yang tidak disangkakan. Satu tindakan seorang pelanggan FoodPanda telah mengejutkan penghantar makanannya atau digelar rider. Tidak dinafikan tugas yang digalas oleh rider amatlah mencabar dalam mengejar order dan menghantar pesanan makanan pada waktunya oleh itu ‘hadiah’ yang diterima oleh rider ini amat menggembirkannya.

Kebiasaanya setelah menghantar makanan dan jika rider bernasib baik, dia mungkin akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan. Satu perkongsian dari seorang rider di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia ini telah menerima lebih satu ribu likes. Rider yang bernama Muhammad Faris menyatakan dirinya sangat terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1000 oleh seorang pelanggan.

Menerusi screenshot yang dikongsikan olehnya itu, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja. Menurut Faris, sebelum ini dia pernah juga menerima sampul berisi duit sebagai tips daripada pelanggan lain namun kali ini jumlah yang diterima sangat mengejutkan buat Faris. Apabila dia membuka sampul tersebut, dia rasa sangat terharu dan bersyukur dengan rezeki yang dikongsi oleh pelanggannya itu.

Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedihsyukur dalam gembira pon ade tadi..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..

cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu….mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..

Menurut Faris, wanita yang memberikan tips secara ikhlas itu meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin dan berkongsi duit tersebut bersama riders yang lain. Tindakan wanita tersebut untuk bersedekah dengan jumlah yang sebegitu banyak amatlah mengagumkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan wanita tersebut dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat seperti yang dimahukan. Ada juga yang memberi komen berharap Faris amanah dengan rezeki yang diterima dan berkongsi duit tersebut seperti mana yang diminta oleh wanita yang memberinya.

Sumber: Facebook Muhammad Faris Faizul

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment on "Abang FoodPanda Terima RM1000, Pelanggan Minta Doakan Dirinya Dapat Zuriat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*