Dulu Pernah Menjadi Vokalis Kumpulan Rock Terkenal, Kini Pengangkut Samp4h

Lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu menjadi siulan anak muda sekitar 90-an lalu namun kini penyanyinya terpaksa mengambil upah mengangkut sampah demi kelangsungan hidup.

Vokalis kumpulan Sejati, Yazid Alias, 55, berkata, akibat terkesan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak lagi mendapat undangan membuat persembahan daripada mana-mana pihak.

Katanya, demi kelangsungan hidup dia terpaksa beralih kerjaya dengan mencari pekerjaan halal yang boleh menyara kehidupan keluarga.

Kredit foto: Harian Metro

“Setiap hari, bermula jam 9 pagi, saya membonceng motosikal roda tiga untuk mengambil upah mengutip sampah di sekitar Kampung Balun dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun.

“Setiap rumah yang mendapatkan perkhidmatan saya akan memberi upah sebanyak RM10 sebulan dan ada juga yang bermurah hati memberi lebih selepas melihat kesungguhan kerja yang saya buat ini,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Yazid berkata, penduduk sentiasa memberi sokongan kerana dapat membantu memastikan kawasan kampung bersih dan bebas daripada sampah.

Dia berkata, walaupun seketika dulu pernah popular sebagai artis dan dikenali ramai namun dia tidak sesekali malu dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang.

“Buat apa nak malu mengangkut sampah kerana ini kerja halal dan saya tidak kisah apa kerja yang ditawarkan asalkan halal untuk menyara keluarga saya.

“Saya bersyukur kerana masih lagi dikurniakan tubuh yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza, 12, juga membantu,” katanya.

Menurutnya, selepas mengangkut dan meletakkan sampah di tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River, dia membersihkan tempat meletak sampah dengan hampas kelapa.

“Hampas kelapa ditabur pada pelantar untuk menghilangkan bau dan menyerap air sampah pada bahagian pelantar itu sebelum saya kembali mengangkut sampah di rumah penduduk.

“Walaupun pekerjaan ini bergelumang dengan bau sampah yang busuk namun demi kelangsungan hidup maka saya terpaksa lakukan juga bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya.

Yazid berkata, dia menasihati artis baharu yang sedang mencipta nama agar beringat ketika popular dengan membuat tabungan masa depan secukupnya.

Katanya, setinggi mana di atas, lambat laun berada di bawah juga menyebabkan mereka perlu membuat persediaan.

“Saya reda dan bahagia dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang dan yang penting saya mampu berdikari untuk keluarga saya,” katanya.

Kumpulan Sejati merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an yang aktif di Malaysia yang berasal dari Slim River, Perak. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

 

Yazid Sejati gembira layak terima BPN

Terdahulu PENYANYI kumpulan Sejati menzahirkan rasa kesyukuran apabila namanya tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bakal diterima, esok.

Yazid Alias, 54, yang pernah popular menerusi lagu Bila Bunga Dipetik Orang pada 1990-an mengakui terkena tempias sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan pada 18 Mac lalu.

Menurutnya, ini kerana banyak undangan membuat persembahan di majlis keraian dan kenduri terpaksa dibatalkan.

Katanya, pemberian BPN sudah pasti melegakan dan mengurangkan beban rakyat di negara ini serta menambah kuasa beli untuk menghadapi PKP yang berbaki kira-kira sembilan hari lagi.

“Terima kasih kepada kerajaan yang sememangnya prihatin dengan nasib rakyat yang terjejas sumber rezeki mereka.

“Sejak pelaksanaan PKP, saya ada menerima bantuan barangan keperluan asas tetapi bantuan BPN ini membolehkan saya membeli barangan keperluan harian lain,” katanya ketika ditemui di Slim River, hari ini.

Yazid yang juga Timbalan Presiden Malaysian Rock Legend Fun Club (MRLFC) berkata, dia masih aktif menyanyi bagi menyara kehidupan bersama lima anaknya termasuk empat masih bersekolah.

Menurutnya, sejak PKP memang didapati kos barang dapur meningkat dan dia amat bersyukur kepada Tuhan apabila layak untuk menerima BPN.

“Pada kesempatan ini, saya menyeru rakyat Malaysia agar mematuhi PKP kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya mahu ‘mengurung’ rakyat tetapi untuk memastikan negara bebas wabak Covid-19.

“Kepada mereka yang bakal menerima BPN, sewajarnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Dulu Pernah Menjadi Vokalis Kumpulan Rock Terkenal, Kini Pengangkut Samp4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*