Muat Naik Foto ‘Kahwin Semula’, Datin Alyah Kini Bukan Lagi ‘Bibik’ Datuk Ramli MS

Seperti yang kita tahu, sebelum ini pengarah muzik Datuk Ramli MS bagaikan ‘menyembunyikan’ isterinya iaitu Datin Alyah daripada tontonan umum di laman Instagram miliknya.

Tetapi kini selepas lapan tahun berkahwin, akhirnya pasangan ini memiliki foto bersama di atas pelamin.

Moment bersejarah itu dikongsikan sendiri oleh Datin Alyah di laman Instagram miliknya pada 23 Februari.

Apa yang menarik perhatian ialah caption yang ditulis oleh Datin Alyah itu telah membuatkan pengikutnya di berasa terhibur.

Foto tersebut diambil ketika majlis perkahwinan anak kepada Tok Ram sendiri.

Sempat lagi tu Datin Alyah nak kenakan Tok Ram tu ya.

Sebelum ini, pasangan itu tidak mempunyai gambar formal bersama tetapi kali ini sekali package siap atas pelamin lagi!

Untuk makluman, Datin Alyah dan Tok Ram telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2003 yang lalu dalam satu majlis rahsia di Indonesia.

Sumber foto: Instagram Datin Alyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Muat Naik Foto ‘Kahwin Semula’, Datin Alyah Kini Bukan Lagi ‘Bibik’ Datuk Ramli MS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*